2. Disembahyangkan ke atas seorang demi seorang. Dengan niat sembahyang atasnya jika ada mayat itu Islam, atau yang bukan syahid, dan hendaklah dibaca doa selepas (takbir yang ketiga) seperti berikut:
Rujuk doa dalam tulisan Arab: ' Mastika Hadis Raulullah saw '. Jilid 2 ms.418
6) Mayat "Kembar Siam".
Manusia dilahirkan kembar dengan bercantum satu sama lain. Lelaki bercantum sesama lelaki, perempuan sesama perempuan, dan lelaki bercantum sesama perempuan.
Masalah pertama, jika mati kedua-duanya sekali yang sejenis dewasa atau kanak-kanak, maka diperbuatkanlah pada hak si mati seperti: mandi, kafan, sembahyang, dan dikebumikan.
Masalah kedua, jika mati salah seorang daripada mereka itu, yang dewasa atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan. Hendaklah berikhtiar supaya dapat dipisahkan terlebih dahulu daripada yang hidup dengan yang mati. Jika tidak diizinkan Allah s.w.t. untuk dipisah, setelah dinasihati oleh pakar bedah atau doktor, jika matinya yang lelaki, sembahyang mayatnya diletakkan di sebelah kiblat. Pada yang hidup di mandikan sahaja dan deperbuat pada hak si mati pada wajib mandi, kafan, sembahyang dan tidak dikebumikan. Jika gugur mayat yang bercantum, maka wajib pada menanamnya.
Masalah ketiga, kembar siam yang lelaki dan perempuan, dan diperbuat akannya pada hak sebagai yang lelaki dan memelihara pada hak-hak pada yang perempuan. Perlaksanaannya adalah seperti di Masalah kedua.
Rujuk Kitab: 'Bughyatu al-Tulab' 2:7
7) Pindah mayat yang jauh.
Haram membawa mayat ke tempat yang jauh daripada tempat matinya jika ada terdapat perkuburan orang Islam yang berhampiran, dan tidak pula menjadi haram, jika ia berhampiran pada bumi Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis. Jika tidak takut berubah mayat dengan sebab kelebihan seperti boleh sampai dengan secepat mungkin, maka ianya menjadi sunat.
Rujuk Kitab: 'Bughyatu al-Tulab' 2:30
8) Mayat di tanam pada bumi rampasan.
Ditanam mayat pada bumi yang tidak dapat kebenaran dan kelulusan, maka wajib kubur itu dibongkar dan dipindahkan kepada bumi masjid atau tanah perkuburan Islam yang sah. Begitu juga dengan kain kafan rampasan atau kain curian wajib kubur itu dibongkar dan digantikan dengan kain kafan yang lain, kecuali dimaafkan dan dihalalkan oleh tuannya.
9) Anak yang gugur.
a) Anak semasa gugur daripada perut ibunya, jika diketahui
ada tanda-tanda hidupnya dengan suara atau menangis, bergerak-gerak tubuhnya maka hukumnya diperbuat seperti orang biasa dan wajib pada
mandi,
kafan,
sembahyang, dan
dikebumikannya.
b) Jika
tiada diketahui atau tiada nyata akan hidupnya seperti tiada bernyawa, tetapi nyata ianya berupa manusia maka wajib pada
mandi,
kafan, dan
dikebumikannya.
c) Jika
tiada sampai empat bulan sekalipun dengan nyata tiada rupa manusia, maka tiada wajib diperbuat apa-apa, hanya sunat
dibungkus dengan kain dan
dikebumikan.
d) Jika
sampai empat bulan sekalipun dengan tiada nyata hidupnya, maka hukumnya wajib pada
mandi,
kafan, dan
dikebumikan.
e) Pada pendapat Syeikh Ramli dalam Nihayah, bahawasanya anak yang gugur dalam perut ibunya apabila sampai
enam bulan atau lebih maka wajib
disembahyangkan sama ada nyata hidupnya ataupun tidak. Tetapi berlawanan pula dengan pendapat Syeik Ibn Hajar dalam Tohafah yang mengatakan haram disembahyangkan.
Rujuk: Kitab 'Bughyatu al-Tulab' 2:25
10) Anak angkat yang kafir.
Bayi serta kanak-kanak 'kafir' yang umurnya
belum baligh yang diambil pelihara oleh keluarga Islam, tiba-tiba mati. Maka hukumnya harus dimandi, dikafan, dikebumikan dan
haram disembahyangkan oleh orang Islam.
11) Haram membongkar kubur.
Haram membongkar kubur selepas mayat dikebumikan dan sebelum hancurnya mayat, kerana hendak dipindahkan kepada tempat lain, sekalipun kepada bumi Mekah kecuali dengan dharurat, seperti mayat tidak disucikan, atau dikhuatiri pada mandinya, wuduknya, atau pada tayamumnya dan hukumnya wajib dibongkar dan disuci semula.
12) Mayat dalam bumi yang terhakis.
Mayat dalam bumi yang terhakis oleh sebab arus air yang melarikan tanah atau tanah runtuh, tenggelam dan sebagainya. Jika dikhuatiri hingga ternampaknya mayat, maka hendaklah dipindahkan mayat tersebut kepada tanah atau bumi lain yang tinggi.
13) Haram - menyembahyangkan atas mayat kafir dan atas yang disyaki pada Islamnya dan tiada wajib orang Islam memandikannya.
14) Dharurat - seperti dalam bencana alam, banjir atau tsunami yang berpuluhan atau ratusan kilometer luasnya. Jika suasana di sana
tidak ada laki-laki tetapi ada kanak-kanak mumaiyiz yang enggan menyembahyangkan mayat tersebut maka gugur fardhunya dengan dikerjakan oleh kaum perempuan dengan syarat sembahyang itu kemudian daripada mandi dan tayamum dan jika sukar pada mandi dan tayamum maka tiadalah disembahyangkan mayat tersebut.
Rujuk: Kitab Sabil al-Mukhtadin سبيل المهتدين
Bhg:2 ms:79.
15) Tayamum pada mayat - Tayamum pada mayat adalah seperti tayamum pada orang yang masih hidup. Tayamum pada mayat yang mengharuskan sembahyang ke atasnya, dan dirujuk kepada sebab-sebab yang berikut:
- Kerana ketiadaan air.
- Badan uzur dan tidak boleh dimandikan (seperti melecur, terbakar dan sebagainya).
- Mayat lelaki pada suatu tempat yang terpencil hanya ada kaum perempuan sahaja (bukan mahrimnya). Sarong tangan diperlukan (Perkara 14 di atas ada kaitan).
- Mayat perempuan pada suatu tempat yang hanya ada kaum lelaki sahaja(bukan muhrimnya). Sarong tangan diperlukan.
- Mayat kanak-kanak lelaki dan dewasa yang belum berkhatan, boleh ditayamum ganti dan disembahyangkan mengikut pendapat Sheikh Ibn Hajar. Berlainan dengan pendapat Sheikh Ramli dengan tidak disembahyangkan mayat tersebut.
Rujuk: Kitab 'Bughyatu al-Tulab' بغية الطلاب Bhg.2 ms:10 dan 11.