August 19, 2010

Pengurusan Mayat Terbahagi Kepada Tiga Aliran

Dalam masyarakat orang Islam di Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kematian seorang Islam dalam sebuah kampung ataupun bandar, maka berlakulah  aliran pengurusan mayat yang berbeza-beza mengikut hukum, adat dan kemudahan. Huraiannya adalah seperti berikut di bawah ini:

Aliran Pertama - Pengurusan mayat yang afdal dikendalikan sepenuhnya oleh waris-waris terdekat si mati di atas perkara-perkara berikut: 
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati.

Aliran Kedua - Pengurusan mayat yang diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada pihak masjid atau surau di atas perkara-perkara berikut:
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa - oleh waris atau pihak masjid.
  • Peruntukan kewangan di perolehi daripada waris terdekat si mati oleh pihak masjid.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati - urusan pihak masjid.

Aliran Ketiga - Pengurusan mayat diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada "Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Islam" daerah masing-masing di atas empat perkara seperti berikut:
  • Mandi mayat.
  • Kafan mayat.
  • Sembahyang mayat.
  • Perkebumian mayat.


No comments: