Apabila menerima berita tentang adanya suatu kematian seorang yang beragama Islam di dalam kariah sama ada negara dalam aman ataupun dharurat. Ianya menjadi fardhu kifayah bagi anak-anak kariah di atas empat perkara ini: 1) Mandi mayat, 2) Kafan mayat, 3) Sembahyang mayat, dan 4) Mengkebumikan mayat. Maka ziarahilah si mati dan deiperbuatkan seperti berikut di bawah ini:
1. Apabila menerima khabar tentang kematian seseorang hendaklah berkata:
Sesungguhnya kami hanya bagi Allah dan kepadanya sahajalah kami dikembalikan.
2. Ziarahilah si mati di rumahnya jika hadhir atau pada lain tempat serta berdoa, bersadaqah, bertahlil dan mengucapkan takziah kepada waris-warisnya (sebelum atau selepas dikebumikan) dengan berkata:
أعْظَمَ اللهُ أجْرَكَ, وَأحْسَنَ عَزَاءَكَ, وَغَفَرَ لِمَيِتِكَ
Maksudnya:
1. Apabila menerima khabar tentang kematian seseorang hendaklah berkata:
َإنا لِلهِ وَإِنا إِليْهِ رَاجِعُون
Maksudnya:Sesungguhnya kami hanya bagi Allah dan kepadanya sahajalah kami dikembalikan.
2. Ziarahilah si mati di rumahnya jika hadhir atau pada lain tempat serta berdoa, bersadaqah, bertahlil dan mengucapkan takziah kepada waris-warisnya (sebelum atau selepas dikebumikan) dengan berkata:
أعْظَمَ اللهُ أجْرَكَ, وَأحْسَنَ عَزَاءَكَ, وَغَفَرَ لِمَيِتِكَ
Maksudnya:
Mudah-mudahan Allah Taala mengurniakan pahala besar kepada kamu, dan menjadikan kamu bersabar serta mengampuni dosa mayat kamu.
3. Bertanya khabarlah dengan sopan kepada waris terdekat di atas hal-hal yang hendak dipertanyakan dan diperlakukan bagi menguruskan si mati (AJK kariah, atau yang terlibat sahaja) dalam perkara-perkara tersebut di bawah ini:
a) mandi si mati.
b) kafan si mati.
c) sembahyang si mati.
d) perkebumian si mati.
e) laporan kematian kepada pihak yang berkuasa.
f) peruntukan kewangan bagi menguruskan si mati.
4. Berbicaralah dengan waris terdekat atau wakil keluarga si mati dengan mengadakan mesyuarat kecil bagi tujuan menguruskan si mati. Rujuklah perkara di para 3a,b,c,d,e,f. dan berbicaralah dengan lebih lanjut serta membahagikan tugas kerja dengan bertanggungjawab sehingga selesai mengkebumikan si mati.
INSYA,ALLAH.

No comments:
Post a Comment