Bencana alam dalam bentuk kerosakkan di muka bumi yang sukar diduga seperti banjir, tanah runtuh, letupan gunung berapi, gempa bumi, perang, ombak tsunami, dan sebagainya. Ini jelas sepertimana yang tersebut dalam Quran dalam surah Az Zalzalah (kegoncangan) - 8 ayat semuanya, dan tidak hiranlah kita semua tidak akan terlepas daripada fenomina tersebut hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya. Walaubagaimanapun kita selalu berdoa di dalam solat-solat harian agar negara kita sentiasa aman dan maamur serta terselamat daripada segala dugaan bencana alam.
Pihak kerajaan telah lama menggambil langkah-langkah atau persiapan-persiapan jika belakunya bencana alam, hanya ianya tidak dipraktik secara olok-olok (public disaster drill) serta pula tiada diketahui umum tentang selok-belok perlaksanaan tersebut. Maka disarankan ianya perlu didedahkan kepada umum melalui penerangan-penerangan agar rakyat dapat mengetahui serta dapat bertindak dengan sistematik (plan of action) apabila berlakunya sesuatu bencana alam.
Contoh Carta Pengurusan Jenazah Semasa Dharurat
Senario Pengurusan Jenazah Islam Semasa Bencana Alam - Dharurat.
Pengurusan jenazah semasa berlakunya bencana alam, merupakan suatu tugas yang amat rumit sekali bagi pengurus-pengurus jenazah jika dibandingkan dengan pengurusan jenazah semasa aman. Pengurus-pengurus jenazah tidak lagi bebas mengurus jenazah sepertimana biasa dilakukan, tetapi akan diawasi dan diarah oleh pihak berkuasa dan Jabatan Agama. Dalam bencana alam yang meliputi kawasan yang begitu luas dan berkemungkinan ramai yang hilang, cedera ataupun terkorban. Bagi yang hidup akan ditempatkan di pusat-pusat penempatan khas yang cedera di tempatkan di hospital-hospital berdekatan dan yang terkorban pula akan menjadi tanggungjawab pihak masjid bagi mengurus jenazah yang akan dibantu oleh pihak polis, tentera, hospital, sukarelawan dan serta dipantau oleh Jabatan Agama dari masa ke semasa.
Jabatan Agama pula adalah sebagai penasihat agama tentang pengurusan jenazah dan ianya di bawah pemerintahan Pusat Gerakan Dharurat atau Markas Operasi, yang akan menyalurkan bantuan-bantuan urusan jenazah kepada pihak-pihak masjid seperti, kain putih, bag plastik mayat, dan jika perlu tanah perkuburan yang lebih besar, maka hal yang sedemikian akan dikemukakan kepada pihak atasan. Semua ini bergantung kepada tahap dan keluasan bencana alam itu sendiri, ada tahap kecil, sederhana, yang besar, dan tahapnya boleh berubah-ubah dari masa ke semasa.
Bencana Alam Ada 3 Tahap.
1) Tahap Kecil - mudah dikawal.
Jabatan Agama pula adalah sebagai penasihat agama tentang pengurusan jenazah dan ianya di bawah pemerintahan Pusat Gerakan Dharurat atau Markas Operasi, yang akan menyalurkan bantuan-bantuan urusan jenazah kepada pihak-pihak masjid seperti, kain putih, bag plastik mayat, dan jika perlu tanah perkuburan yang lebih besar, maka hal yang sedemikian akan dikemukakan kepada pihak atasan. Semua ini bergantung kepada tahap dan keluasan bencana alam itu sendiri, ada tahap kecil, sederhana, yang besar, dan tahapnya boleh berubah-ubah dari masa ke semasa.
Bencana Alam Ada 3 Tahap.
1) Tahap Kecil - mudah dikawal.
26 Dis, 2004 - Tsunami di Kuala Muda, Kedah - 12 kematian -
1000 penduduk terlibat.
1000 penduduk terlibat.
2) Tahap Sederhana - sukar dikawal.
10 Aug, 2010 - Banjir di Gansu province,Cina.- 36 kematian, 23 hilang,
295 cedera, - 120,000 penduduk dipindah.
295 cedera, - 120,000 penduduk dipindah.
3) Tahap Besar - tidak terkawal.
2 Aug, 2010 - Banjir di Pakistan - lebih daripada 1500 kematian -
21 juta penduduk terlibat.
21 juta penduduk terlibat.
Apa akan terjadi kepada anda semasa berlakunya trajedi bencana alam?
- Anda mungkin hilang, ataupun terkorban.
- Anda mungkin terpisah dari tempat tinggal, kehilangan harta benda, ataupun keluarga.
- Anda mungkin dalam keadaan kebingungan kecuali anda bersabar dan redha.
- Anda mungkin cedera dan dimasukan ke hospital yang berdekatan.
- Anda mungkin terselamat dan ditempatkan ke Pusat Penempatan yang berdekatan.
- Anda yang berkemahiran, akan disalurkan kepada tugas-tugas khas sejajar dengan kemahiran anda. Seperti pengurus jenazah akan ditempatkan di masjid atau hospital bagi membantu dalam pengurusan mayat-mayat secara sukarela sehinggalah bencana alam tersebut diistiharkan berakhir.
- Anda mungkin menjadi sukarelawan dan perkhidmatan anda sangat-sangat diperlukan semasa bencana alam demi untuk agama, bangsa, dan negara.
Contoh Carta Bencana Alam Malaysia
Lihat Website:
http://www.tsunami in malaysia
http://www.flood in pakistan
No comments:
Post a Comment