November 01, 2022

PEMBELAJARAN TIDAK SEMESTINYA TERHENTI DI SITU - 01 Nov 2022 ( Selasa - 06 Rabiulakhir 1444)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Gambar sumbangan group

1.Pelajar-pelajar yang telah tamat kursus asas Pemandian dan Kafan mayat hendaklah pula disaran menceburkan diri dalam membuat latihan praktikal dengan mana-mana Pengurus Pemandian Jenazah tempatan secara realiti. Kerana ini dapat membantu pelajar meningkatkan lagi pengalaman tentang cara-cara memandikan dan mengkafan jenazah ke atas mayat yang sebenar.

2.Teruskan usaha menuntut ilmu Fardhu Kifayah ini dengan mana-mana guru yang bertauliah dalam perkara-pekara Pengurusan Jenazah atau dengan merujuk pada kitab dan buku yang bersabit dalam perkara tersebut yang banyak tersebar luas dalam negara kita.

Sumber Rujukan:

1.  Al Um Jilid 2 (Rumi)

2.  Bahrulmazi Jilid 7 dan 8 (Rumi)

3.  Fathul Bari Jilid 12 (Rumi)

4.  Baghiyatutollab (Jawi)

5.  Furu Al Masail Jilid 1 (Jawi)

6.  Sabilulmuhtadin (Jawi)

7.  Mastika Hadith s.a.w Jilid 2 (Jawi), dan 

8.  Lain-lain bacaan.

INSHA ALLAH




 

September 28, 2022

PENGURUSAN JENAZAH ISLAM (Mandi Dan Kafan Mayat Perempuan) Rabu 28 Sep 2022 Bersamaan 1 Rabiulawal 1444

Masjid Ibrahim, Kariah Penguhulu Him

 

Kursus Mandi Dan Kafan Mayat - Foto sumbangan group

Hari ini, Rabu 28 Sep 2022 seramai 37 peserta perempuan telah tamat latihan Pengurusan Jenazah Islam (Mandi Dan Kafan Mayat Perempuan) anjuran Pengerusi dan Jawatan Kuasa Kariah Masjid Ibrahim,Sungai Petani, Kedah. Program mandi dan kafan mayat dikendalikan oleh Puan Hjh.Surina Binti Hassan.







September 18, 2022

PENGURUSAN JENAZAH ISLAM (Mandi Dan Kafan Mayat) Ahad 18 Sep 2022 Bersamaan 21 Safar 1444


Masjid Ibrahim, 
Kariah Penghulu Him, Sungai Petani, Kedah.


Kursus Mandi Dan Kafan Mayat Lelaki -  Foto sumbangan group

Hari ini, Ahad 18 Sep 2022 seramai 35 peserta kursus yang terdiri daripada anak kariah Penghulu Him telah hadhir pada kursus tesebut. Majlis di Pengerusikan oleh Tuan Imam Masjid Ibrahim, Yang berbahagia Ust. Zainol Abidin Bin Zakaria dan dalam ucapan perasmian beliau menegaskan ramai lagi juru mandi mayat lelaki dan perempuan yang diperlukan bagi mengatasi kekurangan jawatan tersebut. Kursus difasilitatorkan oleh Tuan Hj Mohd Ismail Bin Mohd Hashim Ashaari.