Segala urusan perbelanjaan bagi mengurus mayat hendaklah diambil daripada harta peninggalan si mati terlebih dahulu. Jika si mati tiada berharta, maka tertanggunglah oleh waris-warisnya. Jika warisnya tiada berharta, maka tertanggunglah oleh orang-orang kaya, para dermawan, jiran-jirannya dan sehinggalah ke Baitulmal.
Rujuk: سبيل المهتدين Bhg.2 ms 75.
Rujuk: بغية الطلب Bhg.2 ms 7.
Rujuk: بغية الطلب Bhg.2 ms 7.
Maka menjadi kewajipan bagi waris-waris si mati melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:
- Mengeluarkan zakat si mati yang telah cukup segala syarat wajib zakat.
- Membayar hutang si mati kepada sesama manusia.
- Melaksanakan wasiat si mati yang berkaitan dengan harta peninggalannya.
- Membuat pembahagian harta si mati kepada waris-warisnya iaitu "Faraid".
No comments:
Post a Comment