December 14, 2019



PERSEDIAAN DI BILIK MANDI MAYAT






Persediaan bilik mandi mayat perlu diambil kira bagi melicinkan urusan pemandian mayat. Inilah panduan yang diguna pakai di Malaysia terutama di kampung atau di rumah rumah persendirian. Kegunaan palong mandi mayat yang diperbuat daripada 'Fiberglass' amat membantu pemandi pemandi mayat. Carta ini hanya contoh sahaja.



November 28, 2019

SIAPAKAH YANG MEMANDIKAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BELIAU WAFAT?


Berpandukan kepada kitab "Sirah Nabawiah" daripada Ibnu Hisyam, rujuk Jilid 2 ms 723 (Rumi) ada 7 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Al-Abbas bin Abdul Muthalib
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Al-Fadhl bin Al-Abbas bin Abdul Muthalib
4.  Qutsam bin Al-Abbas
5.  Usamah bin Zaid bin Haritsah
6.  Syukran
7.  Aus bin Khauli




Berpandukan kepada kitab "Sabilulmuhtadin" daripada Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah Al-Banjari, rujuk Bhg.2 ms 69 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






Berpandukan kepada kitab "Baghiyatutollab" daripada Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatani, rujuk Bhg.2 ms 8 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






Berpandukan kepada kitab "Furu' Al-Masail" daripada Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani, rujuk Jilid 1 ms 158 (Jawi) ada 5 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib
5.  Syukran

  



Berpandukan kepada kitab "Mastika Hadis Rasulullah s.a.w." daripada Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih Jilid 2 ms 331(Jawi) ia merujuk kapada kitab "Sabilulmuhtadin" Bhg 2 ms 69 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






November 21, 2019

The Islamic Funeral Prayer On Time


FAQ :          How to bring the funeral prayer on time?

Answer 1:   Make yourself available on a given funeral prayer time.

Answer 2:   The body wash(Ghasul) and the body shroud(Kafan) should be ready
                    at least within 1 to 2 hours before the prayer time. *

* As to bring the funeral prayer on time.


October 19, 2019


 KULIM SABTU 19 Oktober, 2019 (20 SAFAR 1441)



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
DI MASJID JAMEK SAIDINA  ALI K.R.W
BATALION KE-2 PGA KULIM PADA 19 OKTOBER, 2019.

KULIM Kursus tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Imam/Pengerusi Masjid Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri pada Jam 8:30 pagi. Dalam majlis perasmian tersebut beliau berhasrat untuk melatih lebih ramai lagi Jurumandi Mayat untuk menampung Jurumandi-Jurumandi Mayat yang sedia ada oleh kerana bertambah ramainya jumlah penduduk-penduduk setempat ketika ini.

Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Jamek Saidina Ali K.R.W. Penceramah jemputan ialah Ustaz Salim Bin Ali dan dibantu oleh En.Zainol Rashid Bin Husain. Turut hadir seramai 35 peserta kursus yang menjayakan program ini.  Moga-moga kursus ini dapat melahirkan tenaga-tenaga baru sebagai Jurumandi Mayat yang berwibawa lagi amanah.


Tuan Imam Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri
Para peserta kursus

Penceramah Ustaz Salim Bin Ali


April 08, 2019

A BRIEF HISTORY OF MY INDUCTION TO ISLAMIC FUNERAL MANAGEMENT
08 April, 2019 ( 02 Shaaban 1440H)

1970  -  Pall-bearer of RMAF Indian personnel, funeral at Penang.
1984  -  As witnessing officer of RMAF Sikh personnel at General Hospital Mortuary, Penang.
1985  -  Attending an RMAF Buddhist cremation at Batu Gantung, Penang.
1986  -  Instructional Technique Course at Air Institute of Technology RMAF Kinrara.
1989  -  Islamic Religious Officer of No 7 Sqdn.RMAF Kuching.
1989  -  Assisting body recovery of RMAF Sikorsky helicopter crash at Lundu, Sarawak.
1992  -  Retirement from RMAF.
1995  -  Pilgrimage to Mecca.
2001--- Islamic funeral apprenticeship and the beginning of funeral undertaking.
2004  -  Funeral Management Course at Islamic Center, Northern University Of Malaysia(UUM).
2007  -  Funeral Management Courses at Malaysian Islamic Training Institute, Bangi (ILIM).
2010  -  Founder of "The Islamic Undertaker" blog site.
2015  -  Funeral Seminar at Malaysian Islamic Training Institute, Bangi (ILIM).