1) Mayat yang tidak hadir pada negeri.
Memadai dengan solat ghaib sahaja.
Rujuk: Hadis Sahih Muslim Jilid 2 : 903 dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada hari kematian Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah saw. mengumumkannya pada orang ramai. Sesudah itu beliau ke mushalla, lalu beliau takbir empat kali (shalat ghaib)".
Rujuk: Hadis Sahih Muslim Jilid 2 : 903 dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Pada hari kematian Najasyi (Raja Habsyah), Rasulullah saw. mengumumkannya pada orang ramai. Sesudah itu beliau ke mushalla, lalu beliau takbir empat kali (shalat ghaib)".
2) Mayat yang tidak dapat dikenalpasti.
Sebaik-baiknya dikenalpasti dahulu sama ada Islam atau tidak oleh pihak hospital, atau pihak berkuasa, atau waris-warisnya yang terdekat. Jika mayat terlalu uzur sebab-sebab kemalangan dan sebagainya, eloklah mayat tersebut diuruskan di hospital sahaja.
3) Mayat yang tidak cukup anggota badannya.
Seperti adanya sesuatu suku atau sebahgian anggotanya, maka diperbuat seperti biasa mandi, kafan, sembahyang, dan mengkebumikannya. Hendaklah berniat pada sembahyangnya: " Sahaja aku sembahyang atas sekalian perhimpunan tubuh mayat lelaki/perempuan ini empat takbir menjadi Imam/mengikut Imam kerana ALLAH TAALA ". Jika berjumpa pula sebahagian anggota yang lain seperti tangan atau kakinya selepas mayat dikebumikan, maka wajib sebahagian anggota itu dimandikan, dibungkus, ditanam, tanpa diulangi sembahyangnya.
4) Mayat di tengah lautan.
Jika belaku kematian di tengah laut dan pendaratan sangatlah tipis, maka mayat diperbuat seperti biasa, mandi, kafan, sembahyang, tetapi:
- Dikebumikan ke dalam laut degan mengikat batu atau besi supaya mayat itu dapat ditenggelamkan ke perut laut, atau
- Mayat diikat ke atas dua keping papan (seperti rakit), supaya dibawa ombak dan arus menuju ke daratan besar dengan mengharapkan orang Islam akan jumpa dan mengkebumikannya.
5) Mayat Islam yang bercampur dengan mayat kafir atau yang diragui syahidnya.
Mayat Islam yang diragui syahidnya yang bercampur dengan mayat kafir - Kerana dengan ketiadaan yang yakin untuk mengerjakan yang wajib itu. Maka wajib dimandikan, dikafan, dan disembahyangkan tiap-tiap mereka itu di atas dua perkara:
1.Terlebih afdal disembahyangkan semua mereka itu dengan sekali sembahyang. Dengan niat menyembahyang ke atas mayat Islam atau yang bukan syahid dari mereka itu, dan hendaklah dibaca doa selepas (takbir yang ketiga) seperti berikut:
Maksudnya: "Ya Allah ampunkanlah bagi yang Islam di antara mereka".1.Terlebih afdal disembahyangkan semua mereka itu dengan sekali sembahyang. Dengan niat menyembahyang ke atas mayat Islam atau yang bukan syahid dari mereka itu, dan hendaklah dibaca doa selepas (takbir yang ketiga) seperti berikut:
ْاَللَهُم اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِ مِنْهُم
"Allahumagfirlilmuslimiminhum"
2. Disembahyangkan ke atas seorang demi seorang. Dengan niat sembahyang atasnya jika ada mayat itu Islam, atau yang bukan syahid, dan hendaklah dibaca doa selepas (takbir yang ketiga) seperti berikut:
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ اِنْ كَاَنَ مُسْلِمَا
"Allahumagfirlahuinkanamuslima"
Maksudnya: "Ya Allah ampunkanlah oleh Mu baginya jika ia orang Islam".
Rujuk doa dalam tulisan Arab: ' Mastika Hadis Raulullah saw '. Jilid 2 ms.418
6) Mayat "Kembar Siam".
Manusia dilahirkan kembar dengan bercantum satu sama lain. Lelaki bercantum sesama lelaki, perempuan sesama perempuan, dan lelaki bercantum sesama perempuan.
Masalah pertama, jika mati kedua-duanya sekali yang sejenis dewasa atau kanak-kanak, maka diperbuatkanlah pada hak si mati seperti: mandi, kafan, sembahyang, dan dikebumikan.
Masalah kedua, jika mati salah seorang daripada mereka itu, yang dewasa atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan. Hendaklah berikhtiar supaya dapat dipisahkan terlebih dahulu daripada yang hidup dengan yang mati. Jika tidak diizinkan Allah s.w.t. untuk dipisah, setelah dinasihati oleh pakar bedah atau doktor, jika matinya yang lelaki, sembahyang mayatnya diletakkan di sebelah kiblat. Pada yang hidup di mandikan sahaja dan deperbuat pada hak si mati pada wajib mandi, kafan, sembahyang dan tidak dikebumikan. Jika gugur mayat yang bercantum, maka wajib pada menanamnya.
Masalah ketiga, kembar siam yang lelaki dan perempuan, dan diperbuat akannya pada hak sebagai yang lelaki dan memelihara pada hak-hak pada yang perempuan. Perlaksanaannya adalah seperti di Masalah kedua.
Rujuk Kitab: 'Bughyatu al-Tulab' 2:7
7) Pindah mayat yang jauh.
Haram membawa mayat ke tempat yang jauh daripada tempat matinya jika ada terdapat perkuburan orang Islam yang berhampiran, dan tidak pula menjadi haram, jika ia berhampiran pada bumi Mekah, Madinah dan Baitulmaqdis. Jika tidak takut berubah mayat dengan sebab kelebihan seperti boleh sampai dengan secepat mungkin, maka ianya menjadi sunat.
Rujuk Kitab: 'Bughyatu al-Tulab' 2:30
8) Mayat di tanam pada bumi rampasan.
Ditanam mayat pada bumi yang tidak dapat kebenaran dan kelulusan, maka wajib kubur itu dibongkar dan dipindahkan kepada bumi masjid atau tanah perkuburan Islam yang sah. Begitu juga dengan kain kafan rampasan atau kain curian wajib kubur itu dibongkar dan digantikan dengan kain kafan yang lain, kecuali dimaafkan dan dihalalkan oleh tuannya.
9) Anak yang gugur.
a) Anak semasa gugur daripada perut ibunya, jika diketahui ada tanda-tanda hidupnya dengan suara atau menangis, bergerak-gerak tubuhnya maka hukumnya diperbuat seperti orang biasa dan wajib pada mandi, kafan, sembahyang, dan dikebumikannya.
b) Jika tiada diketahui atau tiada nyata akan hidupnya seperti tiada bernyawa, tetapi nyata ianya berupa manusia maka wajib pada mandi, kafan, dan dikebumikannya.
c) Jika tiada sampai empat bulan sekalipun dengan nyata tiada rupa manusia, maka tiada wajib diperbuat apa-apa, hanya sunat dibungkus dengan kain dan dikebumikan.
d) Jika sampai empat bulan sekalipun dengan tiada nyata hidupnya, maka hukumnya wajib pada mandi, kafan, dan dikebumikan.
e) Pada pendapat Syeikh Ramli dalam Nihayah, bahawasanya anak yang gugur dalam perut ibunya apabila sampai enam bulan atau lebih maka wajib disembahyangkan sama ada nyata hidupnya ataupun tidak. Tetapi berlawanan pula dengan pendapat Syeik Ibn Hajar dalam Tohafah yang mengatakan haram disembahyangkan.
Rujuk: Kitab 'Bughyatu al-Tulab' 2:25
10) Anak angkat yang kafir.
Bayi serta kanak-kanak 'kafir' yang umurnya belum baligh yang diambil pelihara oleh keluarga Islam, tiba-tiba mati. Maka hukumnya harus dimandi, dikafan, dikebumikan dan haram disembahyangkan oleh orang Islam.
11) Haram membongkar kubur.
Haram membongkar kubur selepas mayat dikebumikan dan sebelum hancurnya mayat, kerana hendak dipindahkan kepada tempat lain, sekalipun kepada bumi Mekah kecuali dengan dharurat, seperti mayat tidak disucikan, atau dikhuatiri pada mandinya, wuduknya, atau pada tayamumnya dan hukumnya wajib dibongkar dan disuci semula.
12) Mayat dalam bumi yang terhakis.
Mayat dalam bumi yang terhakis oleh sebab arus air yang melarikan tanah atau tanah runtuh, tenggelam dan sebagainya. Jika dikhuatiri hingga ternampaknya mayat, maka hendaklah dipindahkan mayat tersebut kepada tanah atau bumi lain yang tinggi.
13) Haram - menyembahyangkan atas mayat kafir dan atas yang disyaki pada Islamnya dan tiada wajib orang Islam memandikannya.
14) Dharurat - seperti dalam bencana alam, banjir atau tsunami yang berpuluhan atau ratusan kilometer luasnya. Jika suasana di sana tidak ada laki-laki tetapi ada kanak-kanak mumaiyiz yang enggan menyembahyangkan mayat tersebut maka gugur fardhunya dengan dikerjakan oleh kaum perempuan dengan syarat sembahyang itu kemudian daripada mandi dan tayamum dan jika sukar pada mandi dan tayamum maka tiadalah disembahyangkan mayat tersebut.
Rujuk: Kitab Sabil al-Mukhtadin سبيل المهتدين Bhg:2 ms:79.
15) Tayamum pada mayat - Tayamum pada mayat adalah seperti tayamum pada orang yang masih hidup. Tayamum pada mayat yang mengharuskan sembahyang ke atasnya, dan dirujuk kepada sebab-sebab yang berikut:
- Kerana ketiadaan air.
- Badan uzur dan tidak boleh dimandikan (seperti melecur, terbakar dan sebagainya).
- Mayat lelaki pada suatu tempat yang terpencil hanya ada kaum perempuan sahaja (bukan mahrimnya). Sarong tangan diperlukan (Perkara 14 di atas ada kaitan).
- Mayat perempuan pada suatu tempat yang hanya ada kaum lelaki sahaja(bukan muhrimnya). Sarong tangan diperlukan.
- Mayat kanak-kanak lelaki dan dewasa yang belum berkhatan, boleh ditayamum ganti dan disembahyangkan mengikut pendapat Sheikh Ibn Hajar. Berlainan dengan pendapat Sheikh Ramli dengan tidak disembahyangkan mayat tersebut.
Rujuk: Kitab 'Bughyatu al-Tulab' بغية الطلاب Bhg.2 ms:10 dan 11.
No comments:
Post a Comment