October 19, 2019


 KULIM SABTU 19 Oktober, 2019 (20 SAFAR 1441)



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
DI MASJID JAMEK SAIDINA  ALI K.R.W
BATALION KE-2 PGA KULIM PADA 19 OKTOBER, 2019.

KULIM Kursus tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Imam/Pengerusi Masjid Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri pada Jam 8:30 pagi. Dalam majlis perasmian tersebut beliau berhasrat untuk melatih lebih ramai lagi Jurumandi Mayat untuk menampung Jurumandi-Jurumandi Mayat yang sedia ada oleh kerana bertambah ramainya jumlah penduduk-penduduk setempat ketika ini.

Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Jamek Saidina Ali K.R.W. Penceramah jemputan ialah Ustaz Salim Bin Ali dan dibantu oleh En.Zainol Rashid Bin Husain. Turut hadir seramai 35 peserta kursus yang menjayakan program ini.  Moga-moga kursus ini dapat melahirkan tenaga-tenaga baru sebagai Jurumandi Mayat yang berwibawa lagi amanah.


Tuan Imam Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri
Para peserta kursus

Penceramah Ustaz Salim Bin Ali