November 01, 2022

PEMBELAJARAN TIDAK SEMESTINYA TERHENTI DI SITU - 01 Nov 2022 ( Selasa - 06 Rabiulakhir 1444)


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH


Gambar sumbangan group

1.Pelajar-pelajar yang telah tamat kursus asas Pemandian dan Kafan mayat hendaklah pula disaran menceburkan diri dalam membuat latihan praktikal dengan mana-mana Pengurus Pemandian Jenazah tempatan secara realiti. Kerana ini dapat membantu pelajar meningkatkan lagi pengalaman tentang cara-cara memandikan dan mengkafan jenazah ke atas mayat yang sebenar.

2.Teruskan usaha menuntut ilmu Fardhu Kifayah ini dengan mana-mana guru yang bertauliah dalam perkara-pekara Pengurusan Jenazah atau dengan merujuk pada kitab dan buku yang bersabit dalam perkara tersebut yang banyak tersebar luas dalam negara kita.

Sumber Rujukan:

1.  Al Um Jilid 2 (Rumi)

2.  Bahrulmazi Jilid 7 dan 8 (Rumi)

3.  Fathul Bari Jilid 12 (Rumi)

4.  Baghiyatutollab (Jawi)

5.  Furu Al Masail Jilid 1 (Jawi)

6.  Sabilulmuhtadin (Jawi)

7.  Mastika Hadith s.a.w Jilid 2 (Jawi), dan 

8.  Lain-lain bacaan.

INSHA ALLAH