Masjid Taman Keladi, Sungai Petani, Kedah, ada menyediakan perkhidmatan mandi dan kafan mayat. |
Dari perspektif pengurusan dan pentadbiran jenazah, umat Islam di Malaysia amatlah bernasib baik sekali jika di bandingkan dengan orang-orang Islam di luar negara seperti Amerika, Eropah dan Australia. Di Malaysia masih terdapat banyak kemudahan seperti tanah perkuburan pada masjid-masjid dan surau-surau yang menguruskan jenazah-jenazah orang Islam, boleh dikatakan di setiap kariah ada mempunyai kemudahan-kemudahan tersebut. Kalau di luar negara, waris-waris si mati terpaksa mencari 'Pengurus Jenazah Islam' untuk tujuan mengurus mayat yang mungkin terletak agak jauh daripada kediaman si mati serta kos perbelanjaan yang dikenakan dengan agak mahal jika dibandingkan dengan Malaysia.
Di Malaysia sebagai sebuah negara Islam, terdapat empat tempat pilihan untuk memandi serta mengkafan mayat orang-orang Islam:
- Rumah si mati.
- Masjid dan Surau.
- Hospital Kerajaan.
- Rumah Mayat Persendirian(Funeral Homes).
Rumah si mati - Waris-waris si mati memilih untuk di mandi serta dikafankan mayat di rumahnya oleh kerana terdapat segala kemudahan seperti bekalan air, ruang mandi yang luas dan sebagainya. Kemungkinan waris-waris terdekat yang akan melakukan sendiri tentang mandi dan kafan si mati dan inilah yang aula sekali.
Masjid dan Surau - Bagi mayat yang tidak dapat dimandi serta dikafankan oleh kerana rumah si mati terlalu kecil atau tidak selesa, maka eloklah ianya dilakukan di Masjid ataupun Surau yang kini biasanya ada terdapat kemudahan mandi dan kafan mayat.
Hospital Kerajaan - Untuk si mati yang berpenyakit HIV, kemalangan berat, dan pembunuhan. Maka waris-waris dinasihatkan eloklah mayat dimandi dan dikafankan di Hospital Kerajaan sahaja.
Rumah Mayat Persendirian(Funeral Homes) - Perkhidmatan ini sedikit sahaja dikenalpasti keujudannya di Malaysia, dan jarang digunakan oleh masyarakat Islam tempatan. Kemungkinan besar digunakan untuk orang-orang Islam asing yang meninggal dunia di Malaysia seperti pelancong, pelajar, pekerja asing dan sebagainya.
Rujuk Blog ini:
Cara mandi mayat Islam pesakit HIV/AID bth. June 21,2010.
Cara mandi mayat Islam pesakit HIV/AID bth. June 21,2010.
No comments:
Post a Comment