September 24, 2011

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH - Siapa yang mengurus dan siapa yang mentadbir?


Kuliah kali ini membawa kalian kepada sebutan pada perkataan 'Pengurusan Jenazah' yang lebih di kenali dan kerap diguna pakai dalam kontek pengendalian jenazah ataupun pada mana-mana penerbitan buku-buku tentang jenazah. Manakala perkataan 'Pengurusan' dan 'Pentadbiran' adalah dua aliran perkataan yang berlainan walaupun ianya mempunyai ikatan yang erat di antara satu sama lain yang ada pautan dengan jenazah. Inilah sebaik-baik perkatan yang harus dipergunakan kerana ianya selari dan searus dalam zaman serba baru sekarang.

'Pengurusan' yang membawa erti bagi yang mengurus atas 4 perkara sehingga selesai mayat dikebumikan seperti disebut di bawah ini, dan inilah orang-orang yang di katakan yang 'mengurus' serta melibatkan diri secara lansung.
  1. Mandi mayat (Pemandi yang menguruskan mandian mayat).
  2. Kafan mayat (Pemandi yang menguruskan kafan mayat).
  3. Sembahyang mayat (Imam serta ma'mum yang menguruskan sembahyang mayat).
  4. Mengkebumikan mayat (Penggali kubur yang menguruskan kuburan si mati).
'Pentadbiran' pula yang membawa erti bagi seseorang yang mentadbir di atas 4 perkara seperti tersebut di atas sehingga selesainya mayat tersebut dikebumikan dengan tanpa melibatkan dirinya secara langsung dalam mengurus sesuatu mayat, tetapi diakhiri dengan mengeluarkan resit-resit dan menyimpan dokumen-dokumen penting berkenaan pengurusan dan pertadbiran si mati. Siapakah yang dikatakan yang 'Mentadbir' atau yang menjadi 'Pentadbir' dalam urusan jenazah? Adakah pentadbir tersebut seorang Imam atau ahli jawatankuasa masjid atau orang-orang yang dipilih serta di lantik oleh jawatankuasa masjid dan surau? Sebenarnya persoalan ini tidaklah begitu penting, tetapi penggalaman dan kebolehan 'Pentabir' itu sendiri yang di katakan mustahak serta tinggi nilainya yang seharus diperolehi oleh mana-mana lajnah pengurusan dan pentadbiran jenazah yang sewajarnya bersandarkan kepada prinsip-prinsip asas dalam pengurusan seperti di bawah ini:  
  1. Perancangan(Planning),
  2. Pengorganisasian(Organizing),
  3. Pengarahan(Directing),
  4. Penggawalan dan pemantauan(Controlling and Coordinating).
Bagi yang biasa dengan '4P' tersebut di atas, maka senanglah baginya melaksanakan tugas-tugas sebagai seorang pentadbir jenazah. Kalau tidak agak sukar dilaksanakan, tetapi hanya dengan belajar dan menimba penggalaman daripada 'orang lama' yang masih relevan dalam bidang pentadbiran jenazah boleh juga sekurang-kurangnya dapat membantu.

Perlu diingatkan, kedudukan seorang 'Pentadbir Jenazah' adalah yang teratas sekali dari segi jawatan yang disandangnya jika dibandingkan dengan orang-orang lain seperti 'pemandi mayat', 'pada orang-orang yang menyembahyangkan mayat', dan 'penggali kubur'. Kerana 'Pentadbir Jenazah' adalah seorang yang akan mentadbir serta memberi arahan-arahan di atas segala urusan jenazah si mati apabila ianya dikehendaki di atas 4 arahan yang mesti dipatuhi mengikut syarak: 1)Mandi, 2)Kafan, 3)Sembahyang, dan 4)Perkebumian si mati. Maka dengan adanya 'Pentadbir Jenazah' yang berwibawa dengan tanpa ada campur tangan daripada pihak-pihak yang tertentu. Insha Allah moga-moga akan terhasil suatu perkhidmatan 'Pengurusan dan Pentadbiran Jenazah' yang cemerlang sepertimana yang dikehendaki dan diharap-harapkan oleh masyarakat setempat.

A: Jawatan yang terdapat daripada perlantikan Jawatankuasa Masjid.
  1. Pengurus Tadbir Jenazah.
  2. Pegawai Tadbir Jenazah.
  3. Jawatankuasa Pengurusan Jenazah.
B: Jawatan yang terdapat daripada Badan Perkhidmatan Jenazah Bebas.
  1. Pengarah Urusan Jenazah Islam(Islamic Funeral Director).
  2. Pengurus Urusan Jenazah Islam(Islamic Funeral Manager).
  3. Perkhidmatan Urusan Jenazah Islam(Islamic Funeral Undertaker). 


No comments: