May 28, 2011

WHEN A MOSLEM DIES (Malaysian Experienced).

Theres are two ways of entrusting the management of Moslem funerals and lets follow the flow charts showed below:







Dictionary

Bahasa Malaysia - English
Masjid                    - Mosque
Waris                     - Family's next of kin.

Note.
Refer this Blog: Pengurusan Mayat Terbahagi Kepada Tiga Aliran - August 19,2010.
http://islamicundertaker.blogspot.com/2010/08/pengurusan-mayat-terbahagi-kepada-dua.html



May 27, 2011

BORANG A. - MAKLUMAT PENGURUSAN JENAZAH (GEMULAH).

Kebanyakan pihak yang menguruskan jenazah orang Islam menggunakan borang-borang tertentu bertujuan merekodkan butir-butir peribadi si mati yang diuruskan mereka supaya maklumat terperinci dapat di simpan oleh pihak masjid atau sebagainya. Ianya juga dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Polis supaya mudah dikenalpasti kubur-kubur dalam apa-apa bentuk siasatan lanjut jika perlunya kubur si mati dibongkar semula. Yang menjadi masalah, ialah pada kubur-kubur yang susah hendak dikenalpasti yang dikategorikan sebagai 'Kubur Tradisional' yang tidak mempunyai 'Nombor Lot Kubur' tidak seperti yang terdapat pada 'Kubur Sistematik' yang mudah dikenalpasti pada lokasi kubur-kubur yang sebenar.  

Contoh borang yang digunakan.

Borang A yang diisi lengkap oleh waris atau wakilnya tentang maklumat si mati dan satu salinan Permit Menguburkan dikepil bersama-sama dan diserahkan kepada pihak Masjid, Surau ataupun Pengurusan Jenazah Bebas.



Permit Menguburkan (Am 138-Pin.1/78) 
Malaysian Government's Burial Permit (Am 138-Pin 1/78).


1.  Permit Menguburkan ini dikeluarkan oleh Balai Polis Di Raja Malaysia yang berdekatan - Jika seseorang itu meninggal dunia di kediaman atau rumahnya.

2. Permit Menguburkan ini juga dikeluarkan oleh Hospital Kerajaan - Jika seseorang itu meninggal dunia di Hospital.

*  Pihak Polis berkuasa menangguhkan mana-mana pengeluaran permit ini atas sebab-sebab yang tertentu, seperti si mati mati di bunuh, terlibat dalam, kemalangan, siasatan pembedahan doktor dan sebagainya.

** Permit asal disimpan oleh waris si mati dan permit salinan sahaja digunakan bagi urusan tidak rasmi seperti penyerahan ke pihak Masjid, Pendaftaran Negara, atau kepada penziarah-penziarah yang memerlukannya. 



Rujuk:
http://islamicundertaker.blogspot.com/2011/12/prosedur-baru-permit-mengubur.html





May 25, 2011

Kafan Mayat (The Body Shroud)


Mengkafankan Mayat (The Body Shroud).



Perkakas Kafan (The Preparation Of Shroud).



Cara Kafan Yang Sempurna.
(The Correct Preparation Of Shroud). 



Ukuran Kain Kafan Putih Untuk Lelaki Dan Perempuan.
(Measurement Of Plain White Shroud For Men And Women).



Susunan Kain Kafan Lelaki.
(The Open Layout Shroud Arrangement For Men).



Susunan Kain Kafan Yang Telah DiBentangkan Bagi Lelaki Dan Perempuan. 
( The Open Layout Shroud Arrangement For Men And Women).



Cara Membuat Baju (The Simple Shirt Or Ghamis Making).



Cara Membuat Tali Pengikat Baju (Making The Ghamis Tie-Band).



Kain Sarung Tangan ( Cloth Glove Making For The Body Wash).



Kain Kafan Tiga Lapis Untuk Mayat Lelaki.
(Three Piece Shroud For Men).




Kafan Yang Sempurna Bagi Mayat Lelaki Atau Perempuan.
(The Complete Shroud For Men Or Women).

Mayat Yang Telah Di Kafan Dialas Dengan Bantal Dan Tilam. 
(The Body In Shroud With Pillow And Mattress Supported). 


Bahasa - English
Baju / Ghamis - Shirt
Bantal - Pillow
Cendana - Powdered Sandal Wood
Gunting - Scissor
Jahit - Sew
Kain Kafan - Shroud
Kanan - Right
Kapas - Rolled Cotton Wool
Kapur Barus - Powdered Camphor
Keranda - Coffin
Kering - Dry
Kiri - Left
Lapis - Layer
Lelaki - Male
Lima - Five
Mandi - Bath
Mayat - Dead body
Minyak Wangi - Non-alcohol Perfume. 
Perempuan - Woman
Potong - Cut
Sarong Tangan - Hand Glove Cloth.
Serban - Muslim Turban
Tali Pengikat - Tie Band
Telekung - Moslem Lady's Scaf
Tiga - Three
Tilam - Mattress
Ukuran - Measurement




May 23, 2011

The Moslem Mass Funeral Prayer And Burial.


     بسم الله الرحمن الرحيم      

In the name of Allah the Beneficent, the Merciful.

Al-Fatihah!... May Allah bless them all.


The Hidayah Madrasah Al-Takwa.


To the reference disaster on 21st May,2011 at 2:30pm killing 15 siblings and 1 adult and leaving 9 injured, the landslide that buried portion of the premise The Hidayah Madrasah Al-Takwa home for the ethnic Malay orphanage, at the 14th mile, Jalan Felcra Semungkus, Hulu Langat, Selangor. Which seven were given a mass funeral prayer by the Imam at the Sultan Hishamuddin Alam Shah Mosque, Hulu Langat after Zohor 22nd May,2011. The rest were sent for burial at their respective homes, 3 at Pantai Dalam KL, 2 at Dengkil, 1 each at Batu Cave, Perak, Pahang, and Kelantan.


About 500 Attended For The Mass Funeral Prayer  
Led By The Imam At The Sultan Hishamuddin Alam Shah Mosque.
(The Iman position himself at the head of the male maiyit).


The gentle lowering from the foot of the grave....and with doa 

بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
Meaning: In the name of Allah and the religion of Rasulullah s.a.w.


The funeral arrangement in mass burial with faces facing the Kiblat 
and the shroud's tie-bands released.


The first 7 deceased named below, and their funeral prayers held at The Sultan Hishamuddin Alam Shah Mosque and the mass burial at the Dusun Nanding Muslim Cemetry. 

The dead were:
1.  Dzahir Haziq Mohd Muin,(11 year old).
2.  Mohd Azret Azahari,(8).
3.  Wan Ahmad Hasril Hazim,(11).
4.  Mohd Mustakim Mamat,(12).
5.  Mohd Imal Fahad,(9).
6.  Mohd Hazim Safri,(10).
7.  Mohd Zaid Azahari,(14).
8.  Mohd Kamarul Amizan,(11).
9.  Norahimi Rosdi,(14).
10.Ahmad Lokman Hakim,(11).
11.Farid Ibrahim,(34).
12.Zahid Assawal Zamri,(19).
13.Mohd Naerzein M.Nor(8).
14.Mohd Aiman Abdullah,(10).
15.Sharul Nurimran Adnan,(9).
16.Mohd Riezman Abdul Latif,(9).

The Injured were:
1.  Mohd Aizat Kussyairi Abdul Karim,(12) In ICU with left leg amputated.
2.  Mohd Allaudin Safri,(14) with broken left arm.
3.  Mohd Syafiq Ibrahim,(22) neck injury.
4.  Khairul Anuar Nazmi,(9) injured right leg.
5.  Mohd Harris Izzueddin Sahrul,(11) injured right leg.
6.  Zulkhairi Aminuddin,(13) In ICU with right leg amputated.
7.  Izzuddin Abdullah,(30).
8.  Mohd Erwan Zakaria,(33).In ICU with head injury.
9.  Mohd Akmal Mohd Jefri,(10).


Photos obtained are for funeral educational purposes only. 




Refer this blog: Kedudukan Imam Pada Sembahyang Mayat bth.September 14, 2010.
http://islamicundertaker.blogspot.com/2010/09/kedudukan-imam-pada-sembahyang-mayat.html



May 22, 2011

Jenis-Jenis Kubur dan Perkebumian

Kubur

Keadaan kubur atau lubang yang digali pada tahap tiada dapat keluarnya bau mayat dan dibongkar oleh binatang buas. Dengan terlaksananya syarat-syarat ini maka memadailah dalamnya. Keadaan kubur yang afdal ialah: 
  1. Kubur itu janganlah terlalu luas atau terlalu sempit.(Rujuk Rajah E-F). Panjang kubur: dilebihkan 13cm (5 inchi) daripada kepala dan kaki mayat atau keranda.
  2. Diutama perdalam empat hasta setengah atau setinggi orang berdiri dan dilebihkan lagi sehasta.( 1 hasta = 1/4 depa, atau 45.72 sentimeter, atau 18 inchi). Kalau 4.5 hasta = 6.75 kaki.
  3. Makruh lagi bidaah menanam mayat dalam keranda tanpa sebab, malah ianya menjadi wajib oleh kerana uzur, tanah mudah runtuh, seperti mayat perempuan yang tiada hadhir muhrimnya dan mudah dibongkar binatang buas.
  4. Diperbuat liang lahad lebih afdal jika pada tempat yang boleh dilakukannya iaitu dokorek kearah kiblat sekadar boleh memuatkan mayat dalam lubang tersebut dengan penutup yang dibuat daripada papan. 

Lebih afdal membuat liang lahad di atas 3 perkara:
  1. Pada tanah yang keras, tidak berair, dan tidak mudah runtuh.
  2. Pada mayat yang tidak uzur seperti berbau, reput atau ada muhrimnya bagi yang perempuan.
  3. Tidak mudah dibongkar oleh binatang buas.
Lebih afdal mayat di dalam keranda pada 3 perkara:
  1. Pada tanah yang tidak keras, berair, dan mudah runtuh.
  2. Pada mayat yang uzur seperti berbau, reput, atau tiada muhrimnya bagi yang perempuan.
  3. Mudah dibongkar oleh binatang buas.

Rujuk:  بغية الطلب  bhg.2 ms 27.
Rujuk:  سبيل المهتدين  bhg.2 ms 83.


Perkebumian

Ketika memasuki mayat ke dalam kubur, hendaklah bercermat dan berlemah lembut serta sunat membaca:

بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w.
                                
Memasuki mayat ke dalam kubur hendaklah dari arah 'kaki kubur' dengan mendahului kepalanya. Semasa dikebumikan wajib muka dan badan mayat dihadapkan ke arah kiblat serta kepalanya dilapik dengan ketulan tanah sebagai bantal. Badan yang di miringkan ke arah kiblat dengan belakangnya dilapik dengan tanah supaya ianya tidak kembali melentang dan sunat semua ikatan pada mayat dirungkai. Lalu ditutupi dengan papan serta ditimbusi dengan tanah.

Adalah menjadi sunat orang-orang di tepi kubur menaruh tiga kepalan tanah dari sebelah kepala mayat semasa hendak bermula penimbusan tanah pada kubur dengan sambil membaca:

Pada kepalan yang pertama;

منها خلقنا كم
Maksudnya: Daripada tanah kamu dijadikan.

Pada kepalan yang kedua;

وفيها نعيد كم
Maksudnya: Dan kepadanya kami kembalikan kamu.

Pada kepalan yang ketiga;

ومنها نخرجكم تارة أخرى
Maksudnya: Dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi.



Sunat meninggikan kubur itu sejengkal dan diratakan, ditanam pohon yang hijau, batu nisan serta ditaburi batu-batu kecil. 

Haram bagi membina tembok atau serupa bangunan kecil pada kubur tersebut. 

Makruh menanam dua mayat dalam satu kubur dengan tiada dinding papan atau papan pemisah di antara keduanya.(Lihat Rajah: Liang Untuk Dua Mayat).

Harus menanam mayat pada waktu malam dengan tiada makruh.

Haram menyiram air  dan wangian yang bernajis di atas kubur.

Sunat membaca talqin pada mayat yang sudah baligh serta tahlil agar diampunkan Allah dosanya


Jenis-Jenis Kubur

Liang Lahad Tepi


Liang Lahad Tengah


Liang Biasa


Liang Untuk Dua Mayat




May 21, 2011

Tiga Waktu Yang Terlarang Pada Solat Dan Mengkebumikan Mayat.



Antiqued Chester Wall Clock With Pendulum


Juga dikatakan waktu 'Kerihat Sembahyang'. Waktu yang terlarang adalah seperti berikut:
  1. Terbit matahari hingga naik.
  2. Tegak matahari sehingga condong.
  3. Terbenam matahari hingga tenggelam.

Tetapi:
Sunat mengkebumikan mayat pada siang hari.
Harus mengkebumikan mayat pada waktu kerihat sembahyang  tersebut seperti pada mayat yang uzur lagi darurat.
Harus pula mengkebumikan pada waktu malam dengan tiada makruh.
Haram melambatkan solat dan mengkebumikan mayat yang uzur(berubah mayat) atau darurat kerana menanti kepada kerihat sembahyang.



Rujuk: Kitab Bughyatu al-Tulab. bhg.2 ms 29.oleh Sheik Daud Bin Abdullah Bin Idris al-Fatani.
Rujuk: Kitab Sabil al-Muhtadin. bhg.2 ms 84.oleh Sheik Mohd Arshad Bin Abdullah al-Banjari.
Rujuk: Kitab Persoalan Berkaitan Pengurusan Jenazah. ms 112. oleh M.Nashiruddin al-Albani.

May 01, 2011

Sunat Menggunakan Air Daun Bidara(Sidir) Untuk Memandi Mayat.


Bahasa Malaysia: Pokok Bidara(Sidir) dari species ziziphus mauritiana.
Bahasa Arab:       ( السدرة , سدرى ).

Rasulullah s.a.w., bersabda:  

   عَنْ اُمِّ عَطِيَّةَ قَالَتْ دَخَلَ عَلَيْنَا النَّبِىُّ صَلَّى للهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 وَنَحْنُ نَغْسِلُ ابْنَتَهُ فَقَالَ اغْسِلْنَهَاثَلاَثًا اَوْخَمْسًا اَوْاَكْثَرَمِنْ ذَلِكَ
 اِنْ رَاَيْتُنَّ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ وَاجْعَلْنَ فِى اْلآخِرَةِ كَافُوْرًاَوْشَيْأًمِنْ كَافُوْرٍ
فَاِذَ افَرَغْتُنَّ فَآذِنَّنِى فَلَمَّا فَرَغْنَا آذَ نَّاهُ فَاَلْقَى اِلَيْنَاحَقْوَهُ فَقَالَ اَشْعِرْنهَاَاِيَّاهُ.

Hadis Sahih Bukhari dan Muslim daripada Ummu Athiyah r.a. 


Maksudnya:
"Nabi s.a.w. masuk ke tempat kami, ketika kami sedang memandikan puteri beliau(Zainab binti Rasulullah s.a.w.). Lalu beliau bersabda: "Mandi (sampai bersih benar) tiga atau lima kali lebih banyak dari itu sesuai dengan keperluannya. Dengan air yang sudah dicampur daun sidir(bidara), dan penghabisan dengan air kapur. Bila telah selesai, lalu kami beritahukan beliau. Beliau memberikan kainnya kepada kami, seraya berkata: "Pakaikanlah kain ini sebagai kafannya lapis pertama". 


Kebanyakan Pokok-Pokok Bidara Yang Terdapat Di Malaysia 
Adalah Dari Species Ziziphus Mauritiana.

Pokok-Pokok Bidara Di kawasan Masjid Dan Tanah Perkuburan.


Daun Bidara Dari Species Ziziphus Mauritiana.


Buah Bidara Dari Species Ziziphus Mauritiana.


Daun Dan Buah Bidara Dari Species Ziziphus Mauritiana.


Negara-Negara Yang Mempunyai Tanaman Species Ziziphus Mauritiana Dan Jujuba.


Cara membuat air daun bidara(sidir).
  1. Daun-daun bidara terlebih dahulu diasingkan daripada rantingnya yang berduri serta dibersihkan dengan air.
  2. Daun-daun bidara tersebut dimasukan ke dalam blender(separuh penuh) dengan sedikit air biasa dan diblendkan sehingga menjadi 1 liter pati air daun bidara.
  3. Semua 1 liter pati air daun bidara tersebut ditapis dengan penapis kain atau sebagainya bagi mengasingkan daripada hampas daun-daun bidara.
  4. 1 liter pati air bidara  dicampur pula dengan 4 liter air biasa. Maka terhasillah 5 liter air daun bidara bagi mengikut keperluan pemandi mayat. 

Cara tradisional membuat air daun bidara.
  1. Daun-daun bidara yang sudah dibersikan ditumbuk atau diramas dalam timba yang berisi air biasa dan ditapis serta dijadikan sebanyak 5 liter air daun bidara.
  2. Boleh ditambah lagi dengan air biasa jika diperlukan.



Hukum Ziarah Orang Sakit Dan Tataadab Pesakit.



1.  Sunat hukumnya, menziarahi orang-orang sakit yang Islam, jika sakit mata sekalipun, yang berseteru dengan dia dan orang yang tiada kenal, dan orang sekampung dengan dia, dan jikalau kafir sekalipun atau kerana kerabat, jikalau kafir atau kadamnya atau yang diharap Islamnya, dan jika tiada yang demikian itu, maka tiada di sunatkan menziarahinya dan hukumnya harus jua dengan tiada makruh.

2.  Makruh hukumnya, menziarahi jika kita mengetahui memberi kesakitan dan kepayahan kepada si sakit, atau benchi ia pada orang-orang yang menziarahinya.

3.  Makruh hukumnya, menzirahi orang sakit yang bidaah, yang munkar, pasik, yang zalim, mengambil cukai dan lainnya, melainkan ada di antaranya yang diharapkan akan bertaubat apabila dipergi kepadanya, maka sunat ketika itu pesakit itu di ziarahi atau dikunjungi.

4.  Sunat hukumnya, menziarahi orang sakit selang-selang hari, dan jangan selalu, dan jangan lama-lama.

5.  Makruh hukumnya, menziarahi orang sakit serta menunggu terlalu lama.

6.  Sunat hukumnya, jika pesakit suka kepada yang menziarahinya walaupun menunggu agak lama sekalipun.

7.  Sunat hukumnya, berdoa meminta dipulihkan Allah s.w.t., kepada pesakit yang diziarahinya dan doa seperti di bawah ini hendaklah di baca tujuh kali. 

أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيك.

Maksudnya: Aku memohon kepada Allah Tuhan Yang Maha Besar yang memiliki Arasy yang mulia supaya menyembuhi kamu.  

8.   Jika tiada ada harapan untuk sembuh, suruhlah ia berwasiat dan banyak mengingati Allah s.w.t.

9.   Sunat hukumnya, disuruhkan yang sakit itu menghiasi dirinya dengan bau-bauan yang wangi seperti pada
hari Jumaat serta membaca Quran dan banyak menyebut zikrillah.

10. Sunat hukumnya, bagi pesakit itu meninggalkan rasa gelisah dan sunggutan terhadap penyakitnya.

11. Sunat hukumnya, bagi pesakit memesan kepada keluarganya supaya bersabar di atas kesusahanya dan pada kematiannya.

12  Sunat hukumnya, pesakit bertataadab, tetapi makruh menggagahi dia atau memakai tataadab atas makan dan minumnya. Contoh: Jangan memaksa pesakit sesuatu seperti makan dan minum jika ia tidak mahukannya dan jika pesakit kurang beradab maka waris bersabarlah menerima serta menguruskan dengan sebaik-baiknya.

13. Makruh hukumnya, bagi pesakit menggadu perihal sakitnya kepada orang lain jika dengan redha ia atas akan khada Allah s.w.t., dan jika tidak seperti yang demikian itu maka haram hukumnya dan terkadang membawa kepada kekufuran. Tetapi jika dinyata akan dia oleh tabib atau sahabatnya daripada hal penyakit maka dikhabar akan dia daripada penyakitnya dengan sebenarnya tiada pula atasnya rupa keluh-kesah maka iaitu tiada mengapa dan tiada mengapa ia mengerang di atas sakitnya tetapi dengan tidak lupa ia dengan bertasbih ( سبحان الله أتو لاإله الاالله أتو الحمد لله ).

14. Sunat hukumnya, orang yang sakit berikhtiar untuk berubat.
          
Sabda Rasulullah s.a.w., dalam Hadis Bukhari:


 ماأنزالله داءإلا وأنزل له دواء.

Maksudnya: Tiada diturunkan Allah s.w.t., akan penyakit melainkan diturunkan baginya ubat.

Disebut dalam hadis: Barang siapa membaca surah 'Al Ikhlash' seratus kali semasa sakit yang membawa kepada matinya maka tiada dihimpit dalam kuburnya dan sentosa ia daripada kesempitan kubur dan  menanggung akan dia daripada Malaikat hingga lalu ia di atas Sirat kepada Shurga.

15. Sunat hukumnya, membaca talkin akan orang yang sakit dengan tanda hendak mati dengan kalimah
( لااله الاالله ). 

Sabda Rasulullah s.a.w., dalam Hadis Sahih:


من كان آخركلامه لااله الاالله دخل الجنة


Maksudnya: Barang siapa ada akhir kalamnya ( لااله الاالله ) maka masuk Shurga baginya tanpa hisab. 


Rujuk: 
1) Bughyatu al-Tulab, Bhg 2, ms 2.
2) Sabil al Muhtadin, Bgh 2, ms 65.