1. Sunat hukumnya, menziarahi orang-orang sakit yang Islam, jika sakit mata sekalipun, yang berseteru dengan dia dan orang yang tiada kenal, dan orang sekampung dengan dia, dan jikalau kafir sekalipun atau kerana kerabat, jikalau kafir atau kadamnya atau yang diharap Islamnya, dan jika tiada yang demikian itu, maka tiada di sunatkan menziarahinya dan hukumnya harus jua dengan tiada makruh.
2. Makruh hukumnya, menziarahi jika kita mengetahui memberi kesakitan dan kepayahan kepada si sakit, atau benchi ia pada orang-orang yang menziarahinya.
3. Makruh hukumnya, menzirahi orang sakit yang bidaah, yang munkar, pasik, yang zalim, mengambil cukai dan lainnya, melainkan ada di antaranya yang diharapkan akan bertaubat apabila dipergi kepadanya, maka sunat ketika itu pesakit itu di ziarahi atau dikunjungi.
4. Sunat hukumnya, menziarahi orang sakit selang-selang hari, dan jangan selalu, dan jangan lama-lama.
5. Makruh hukumnya, menziarahi orang sakit serta menunggu terlalu lama.
6. Sunat hukumnya, jika pesakit suka kepada yang menziarahinya walaupun menunggu agak lama sekalipun.
7. Sunat hukumnya, berdoa meminta dipulihkan Allah s.w.t., kepada pesakit yang diziarahinya dan doa seperti di bawah ini hendaklah di baca tujuh kali.
أسأل الله العظيم رب العرش العظيم أن يشفيك.
Maksudnya: Aku memohon kepada Allah Tuhan Yang Maha Besar yang memiliki Arasy yang mulia supaya menyembuhi kamu.
8. Jika tiada ada harapan untuk sembuh, suruhlah ia berwasiat dan banyak mengingati Allah s.w.t.
9. Sunat hukumnya, disuruhkan yang sakit itu menghiasi dirinya dengan bau-bauan yang wangi seperti pada
hari Jumaat serta membaca Quran dan banyak menyebut zikrillah.
10. Sunat hukumnya, bagi pesakit itu meninggalkan rasa gelisah dan sunggutan terhadap penyakitnya.
11. Sunat hukumnya, bagi pesakit memesan kepada keluarganya supaya bersabar di atas kesusahanya dan pada kematiannya.
12 Sunat hukumnya, pesakit bertataadab, tetapi makruh menggagahi dia atau memakai tataadab atas makan dan minumnya. Contoh: Jangan memaksa pesakit sesuatu seperti makan dan minum jika ia tidak mahukannya dan jika pesakit kurang beradab maka waris bersabarlah menerima serta menguruskan dengan sebaik-baiknya.
13. Makruh hukumnya, bagi pesakit menggadu perihal sakitnya kepada orang lain jika dengan redha ia atas akan khada Allah s.w.t., dan jika tidak seperti yang demikian itu maka haram hukumnya dan terkadang membawa kepada kekufuran. Tetapi jika dinyata akan dia oleh tabib atau sahabatnya daripada hal penyakit maka dikhabar akan dia daripada penyakitnya dengan sebenarnya tiada pula atasnya rupa keluh-kesah maka iaitu tiada mengapa dan tiada mengapa ia mengerang di atas sakitnya tetapi dengan tidak lupa ia dengan bertasbih ( سبحان الله أتو لاإله الاالله أتو الحمد لله ).
14. Sunat hukumnya, orang yang sakit berikhtiar untuk berubat.
Sabda Rasulullah s.a.w., dalam Hadis Bukhari:
ماأنزالله داءإلا وأنزل له دواء.
Maksudnya: Tiada diturunkan Allah s.w.t., akan penyakit melainkan diturunkan baginya ubat.
Disebut dalam hadis: Barang siapa membaca surah 'Al Ikhlash' seratus kali semasa sakit yang membawa kepada matinya maka tiada dihimpit dalam kuburnya dan sentosa ia daripada kesempitan kubur dan menanggung akan dia daripada Malaikat hingga lalu ia di atas Sirat kepada Shurga.
15. Sunat hukumnya, membaca talkin akan orang yang sakit dengan tanda hendak mati dengan kalimah
( لااله الاالله ).
( لااله الاالله ).
Sabda Rasulullah s.a.w., dalam Hadis Sahih:
من كان آخركلامه لااله الاالله دخل الجنة
Maksudnya: Barang siapa ada akhir kalamnya ( لااله الاالله ) maka masuk Shurga baginya tanpa hisab.
Rujuk:
1) Bughyatu al-Tulab, Bhg 2, ms 2.
2) Sabil al Muhtadin, Bgh 2, ms 65.
1) Bughyatu al-Tulab, Bhg 2, ms 2.
2) Sabil al Muhtadin, Bgh 2, ms 65.
No comments:
Post a Comment