May 22, 2011

Jenis-Jenis Kubur dan Perkebumian

Kubur

Keadaan kubur atau lubang yang digali pada tahap tiada dapat keluarnya bau mayat dan dibongkar oleh binatang buas. Dengan terlaksananya syarat-syarat ini maka memadailah dalamnya. Keadaan kubur yang afdal ialah: 
  1. Kubur itu janganlah terlalu luas atau terlalu sempit.(Rujuk Rajah E-F). Panjang kubur: dilebihkan 13cm (5 inchi) daripada kepala dan kaki mayat atau keranda.
  2. Diutama perdalam empat hasta setengah atau setinggi orang berdiri dan dilebihkan lagi sehasta.( 1 hasta = 1/4 depa, atau 45.72 sentimeter, atau 18 inchi). Kalau 4.5 hasta = 6.75 kaki.
  3. Makruh lagi bidaah menanam mayat dalam keranda tanpa sebab, malah ianya menjadi wajib oleh kerana uzur, tanah mudah runtuh, seperti mayat perempuan yang tiada hadhir muhrimnya dan mudah dibongkar binatang buas.
  4. Diperbuat liang lahad lebih afdal jika pada tempat yang boleh dilakukannya iaitu dokorek kearah kiblat sekadar boleh memuatkan mayat dalam lubang tersebut dengan penutup yang dibuat daripada papan. 

Lebih afdal membuat liang lahad di atas 3 perkara:
  1. Pada tanah yang keras, tidak berair, dan tidak mudah runtuh.
  2. Pada mayat yang tidak uzur seperti berbau, reput atau ada muhrimnya bagi yang perempuan.
  3. Tidak mudah dibongkar oleh binatang buas.
Lebih afdal mayat di dalam keranda pada 3 perkara:
  1. Pada tanah yang tidak keras, berair, dan mudah runtuh.
  2. Pada mayat yang uzur seperti berbau, reput, atau tiada muhrimnya bagi yang perempuan.
  3. Mudah dibongkar oleh binatang buas.

Rujuk:  بغية الطلب  bhg.2 ms 27.
Rujuk:  سبيل المهتدين  bhg.2 ms 83.


Perkebumian

Ketika memasuki mayat ke dalam kubur, hendaklah bercermat dan berlemah lembut serta sunat membaca:

بسم الله وعلى ملة رسول الله صلى الله عليه وسلم
Maksudnya: Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah s.a.w.
                                
Memasuki mayat ke dalam kubur hendaklah dari arah 'kaki kubur' dengan mendahului kepalanya. Semasa dikebumikan wajib muka dan badan mayat dihadapkan ke arah kiblat serta kepalanya dilapik dengan ketulan tanah sebagai bantal. Badan yang di miringkan ke arah kiblat dengan belakangnya dilapik dengan tanah supaya ianya tidak kembali melentang dan sunat semua ikatan pada mayat dirungkai. Lalu ditutupi dengan papan serta ditimbusi dengan tanah.

Adalah menjadi sunat orang-orang di tepi kubur menaruh tiga kepalan tanah dari sebelah kepala mayat semasa hendak bermula penimbusan tanah pada kubur dengan sambil membaca:

Pada kepalan yang pertama;

منها خلقنا كم
Maksudnya: Daripada tanah kamu dijadikan.

Pada kepalan yang kedua;

وفيها نعيد كم
Maksudnya: Dan kepadanya kami kembalikan kamu.

Pada kepalan yang ketiga;

ومنها نخرجكم تارة أخرى
Maksudnya: Dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi.



Sunat meninggikan kubur itu sejengkal dan diratakan, ditanam pohon yang hijau, batu nisan serta ditaburi batu-batu kecil. 

Haram bagi membina tembok atau serupa bangunan kecil pada kubur tersebut. 

Makruh menanam dua mayat dalam satu kubur dengan tiada dinding papan atau papan pemisah di antara keduanya.(Lihat Rajah: Liang Untuk Dua Mayat).

Harus menanam mayat pada waktu malam dengan tiada makruh.

Haram menyiram air  dan wangian yang bernajis di atas kubur.

Sunat membaca talqin pada mayat yang sudah baligh serta tahlil agar diampunkan Allah dosanya


Jenis-Jenis Kubur

Liang Lahad Tepi


Liang Lahad Tengah


Liang Biasa


Liang Untuk Dua Mayat




No comments: