June 20, 2010

Cara memandi mayat yang afdal

     Sebelum dimandikan, mayat hendaklah:
  • Dibersihkan
  • Diwudhukkan
  • Dimandikan
  1. Selepas wudhuk, bermula mayat dimandi dengan air daun bidara(sidir) atau air sabun dari kepala hingga hujung kaki serta digosok seluruh badannya dengan kain sarong tangan kanan.
  2. Mayat dimandi dengan air bersih bagi menghilangkan air daun bidara atau air sabun dari kepala hingga hujung kaki.(Perkara 1 dan 2 ini yang dikatakan sekali kali mandi).
  3. Diperbuat dua kali mandi seperti di atas.(menjadikan jumlah enam kali mandi semuanya).
  4. Mayat dimandi lagi tiga kali dengan air bersih yang dicampur sedikit kapur barus dari kepala hingga hujung kaki.(Inilah yang dikatakan tiga daripada sembilan kali mandi semuanya bagi melepaskan yang wajib).
Nota:
a.Mula mandi mayat di sebelah kanan hadapan dan kanan belakang badan daripada kepala hingga ke kaki kanannya.    
b.Kemudian mandi mayat di sebelah kiri hadapan dan kiri belakang badan daripada kepala hingga ke kaki kirinya.                
c.Kemudian mandi mayat dari tengah hadapan badan daripada kepala hingga ke hujung ke dua kakinya.

Rujuk:
Kitab 'Bughyatu al-Tulab' oleh Shiekh Daud bin Abullah al-Fatani.  Bhg.2 ms.9 & 10.
Kitab 'Sabil al-Muhtadin' oleh Sheikh Muhammad Arshad Bin Abdullah al-Banjari. Bhg.2 ms.71.


                  
            

No comments: