May 27, 2011

BORANG A. - MAKLUMAT PENGURUSAN JENAZAH (GEMULAH).

Kebanyakan pihak yang menguruskan jenazah orang Islam menggunakan borang-borang tertentu bertujuan merekodkan butir-butir peribadi si mati yang diuruskan mereka supaya maklumat terperinci dapat di simpan oleh pihak masjid atau sebagainya. Ianya juga dapat membantu pihak-pihak yang tertentu seperti Polis supaya mudah dikenalpasti kubur-kubur dalam apa-apa bentuk siasatan lanjut jika perlunya kubur si mati dibongkar semula. Yang menjadi masalah, ialah pada kubur-kubur yang susah hendak dikenalpasti yang dikategorikan sebagai 'Kubur Tradisional' yang tidak mempunyai 'Nombor Lot Kubur' tidak seperti yang terdapat pada 'Kubur Sistematik' yang mudah dikenalpasti pada lokasi kubur-kubur yang sebenar.  

Contoh borang yang digunakan.

Borang A yang diisi lengkap oleh waris atau wakilnya tentang maklumat si mati dan satu salinan Permit Menguburkan dikepil bersama-sama dan diserahkan kepada pihak Masjid, Surau ataupun Pengurusan Jenazah Bebas.



Permit Menguburkan (Am 138-Pin.1/78) 
Malaysian Government's Burial Permit (Am 138-Pin 1/78).


1.  Permit Menguburkan ini dikeluarkan oleh Balai Polis Di Raja Malaysia yang berdekatan - Jika seseorang itu meninggal dunia di kediaman atau rumahnya.

2. Permit Menguburkan ini juga dikeluarkan oleh Hospital Kerajaan - Jika seseorang itu meninggal dunia di Hospital.

*  Pihak Polis berkuasa menangguhkan mana-mana pengeluaran permit ini atas sebab-sebab yang tertentu, seperti si mati mati di bunuh, terlibat dalam, kemalangan, siasatan pembedahan doktor dan sebagainya.

** Permit asal disimpan oleh waris si mati dan permit salinan sahaja digunakan bagi urusan tidak rasmi seperti penyerahan ke pihak Masjid, Pendaftaran Negara, atau kepada penziarah-penziarah yang memerlukannya. 



Rujuk:
http://islamicundertaker.blogspot.com/2011/12/prosedur-baru-permit-mengubur.html





No comments: