Mati syahid terbahagi kepada tiga peringkat:
- Syahid dunia dan akhirat.
- Syahid dunia.
- Syahid akhirat.
Syahid dunia dan akhirat
Orang-orang Islam yang terbunuh dalam 'Perang Sabil' dengan orang-orang kafir demi mempertahankan dan menegakkan agama Allah, iaitu agama Islam. Matinya dalam perjuangan sama ada ia dibunuh oleh orang kafir, terkena senjata sendiri atau terkena senjata rakan seperjuangan orang-orang Islam dengan tidak sengaja. Yang gugur syahid dalam keadaan sedemikian, dimuliakan serta diberikan keistimewaan di dunia dan akhirat.
Hukumnya:
- Haram dimandikan mayatnya.
- Sunat dikafan dalam pakaian yang berlumuran darah.
- Haram disembahyangkan.
Syahid dunia
Orang-orang Islam yang terbunuh dalam peperangan dengan orang-orang kafir (tetapi telah merosakkan perjuangan yang mulia tersebut dengan melakukan sesuatu yang dilarang). Seperti berjuang kerana riak, atau mencari nama, terbunuh kerana melarikan diri, atau menggambil harta rampasan perang yang belum diagihkan.
Hukumnya:
- Dimandikan.
- Dikafankan.
- Disembahyangkan.
Orang-orang Islam yang matinya kerana penyakit yang berat, kerana kemalangan seperti mati lemas, mati terbakar, mati kerana keruntuhan bangunan atau tertimbus tanah atau batu dan sebagainya. Mati dibunuh dengan inayai, mati dalam keadaan berdagang di negeri orang, perempuan mati bersalin dan sebagainya.
Hukumnya:
- Dimandikan.
- Dikafankan.
- Disembahyangkan.
Rujuk: Kitab 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.' Jil.2 ms.410
No comments:
Post a Comment