June 12, 2010

Bahawa Mati Itu Benar

Manusia yang hidup di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan apabila sampai masanya, maka kembalilah ia kepada Allah s.w.t. dan inilah yang dikatakan matinya seseorang itu. Dalam pengertian Islam, mati bermakna berpisah dan keluarnya roh(nyawa) daripada tubuh seseorang itu setelah nyawanya diambil oleh malaikat Izrail a.s. yang bertugas sebagai pencabut nyawa. Maka dengan itu terhentilah segala fungsi seseorang itu sebagai manusia yang hidup di atas muka bumi ini.


Firman Allah s.w.t :

    بسم الله الرحمن الرحيم
            كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ اْلمَوْتِ وَاِنَّمَا تُوَفَوْنَ اُجُورَكُمْ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ
             فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّـرِ وَاُدْخِلَ الْجَنَّـةَ فَقَدْ فَازَ
              وَمَاالْحَيَوةُ الدُّنْيَـآاِلاَمَتَـعُ الْغُرُوْرِ.

SURAH ALI IMRAN(KELUARGA IMRAN) Ayat 185.
Terjemahannya: Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. 

No comments: