Pejabat Kesihatan Daerah perlu diberitahu semua kes kematian HIV/AID. Rujuk Sekyen 10(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan pesakit berjangkit 1988-"Adalah menjadi kesalahan kepada setiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, tiap-tiap orang yang menjaga atau yang ada bersama dengannya, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang yang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit jika tidak melapurkan kes-kes tersebut kepada Pegawai Kesihatan atau Balai Polis atau Ketua Kampung yang paling hampir dengan segera".
Mandi mayat HIV/AID mempunyai beberapa tambahan yang perlu ada pada mandi, kafan dan persiapan kubur mayat pesakit tersebut.
Perkakas mandi mayat pesakit HIV/AID:
- 2 x Botol yang berisi Klorox 1 litre.
- 3 x Timba.
- 1 x Basin.
- 1 x Kain kafan mayat (direndam dalam air Klorox (1:9) dan dikeringkan.
- 1 x Hamparan pelastik(4'x7').
- 2 x Gulung kapas.
Persiapan untuk seorang 'Pemandi Mayat'.
- 1 x Penutup kepala.
- 1 x Cermin mata kalis air.
- 1 x Penutup mulut / hidung.
- 1 x Apron pelastik.
- 1 x Baju hujan pelastik.
- Sepasang sarung tangan getah.
- Sepasang kasut getah (tinggi).
Cara mandi mayat, dan kafan.
- Mandi mayat HIV/AID yang terbaik adalah di Hospital.
- Mayat dimandikan dahulu dengan air bersih yang dicampur dengan air 'Klorox' 1 litre (Sodium Hypochloride). Nisbah campuran-1 litre Klorox dicampur dengan 9 litre air bersih(1:9).
- Mayat dibiarkan selama 15 minit.
- Selepas 15 minit barulah dimandikan seperti biasa dilakukan pada mayat orang Islam.
Cara kafan mayat.
- Gunakan kain kafan yang pertama yang telah dikeringkan selepas direndam dalam air Klorox(1:9).
- Kain kafan yang ke 2 & 3 adalah kain biasa (Tanpa campuran air Klorox).
Persiapan Kubur.
- 1 x 1 kilo kapur (Cloride of Lime) ditabur ke dalam kubur.
No comments:
Post a Comment