July 26, 2014

MAYAT YANG BERMASALAH - TRAGEDI MH17 DI UKRAINE

 
Tragedi Penerbangan Malaysia MH17 di Ukraine Pada 17 July,2014

Saya pernah ditanya oleh rakan-rakan di masjid dan surau dari perihal mengurus jenazah yang bermasalah seperti apa yang telah berlaku pada penerbangan Malaysia MH17 di Ukraine baru-baru ini. Ianya telah menjadi satu tajuk perbualan yang kerap dipersoalkan hari ini. Agak panjang lebar kalau dibincangkan, walaubagaimanapun jawapannya ada terdapat dalam blog ini, semoga ianya dapat membantu para pembaca sekalian. Insha Allah.
 
Rujuk Kitab:'Baghiyatutollab' Bhg.2 ms25., 'Sabilulmuhtadin' Bhg.2 ms82.
 
 
 
 
 
 

July 19, 2014

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM - SENARIO DI UKRAINE



SUDUT PANDANGAN - THE ISLAMIC UNDERTAKER



Contoh pesawat B777-MH17 yang malang itu.


"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN"

Berikutan dengan trajedi tembak jatuh pesawat yang mengorbankan kesemua 298 penumpang B777-Mas MH 17 pada hari Khamis 17 July 2014 di ruang udara Ukraine, kerajaan Malaysia telah menghantar dengan penerbangan khas sepasukan sukarelawan SMART, dan JAKIM ke Ukraine bagi membantu misi mencari dan mengenalpasti mayat-mayat, serta penyertaan JAKIM bagi pengurusan mayat yang disertai oleh sepuloh Imam-imam dari Malaysia. Ianya jelas  menunjukan bahawa bukan mudah untuk mengurus serta mentadbir sesuatu jenazah yang ramai, lebih-lebih lagi ianya belaku di negara asing. 
 
Perdana Menteri Malaysia mengajukan tiga perkara kepada Ukraine dan Russia:-

1. Menjamin keselamatan dan menerima misi-misi penyelamat dari Malaysia.
2.Menentukan ketiadaan halangan serta gangguan kepada misi-misi penyiasat dan penyelamat Malaysia di Ukraine.
3. Menentukan pesalah-pesalah yang terlibat menembak jatuh penerbangan MH17 dibawa ke muka pengadilan mahkamah.
 

JAKIM yang dipercayai akan menguruskan mayat-mayat yang berugama Islam daripada pesawat MH17 juga merupakan suatu tugasan di luar nagara yang agak mencabar buat pertamakalinya, maka dengan itu beberapa perancangan serta faktor-faktor mesti di lihat dengan teliti:-
 
1. Kerana ianya berlaku di negara asing yang sedang bergolak politiknya.

2. Agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan rakyat negara tersebut pada faktor-faktor seperti berikut:- 
 a. Penyesuaian diri dan penyediaan tempat bagi mengurus mayat yang kebanyakannya uzur belaka.
 b. Penyediaan dan keperluan tanah perkuburan yang luas(mass grave) jika perlu.
 c. Proses mengaktridasi pulang mayat tersebut ke negara asal jika perlu.
 d. Pendedahan pada kawasan zon trgedi yang luas berkilometer persegi.
 e. Penerimaan senario dan budaya yang berbeza.
 f. Penyediaan logistik dan komunikasi yang mungkin menyukarkan.

3. Dapat memupuk perhubungan kerjasama yang erat antara kerajaan Malaysia dengan kedutaaan Ukraine dan Russia.
 
Saya berkeyakinan bahawa kerajaan Malaysia amat perihatin dan berpengalaman dalam hal ini. Justeru itu, saya berdoa kepada Allah swt. agar semua faktor dan halangan yang tersebut di atas dapat diatasi oleh misi penyelamat-penyelamat Malaysia dengan  baik sekali walaupun trajedi ini merupakan yang pertamakalinya berlaku di luar Negara Malaysia yang mana mayat-mayat boleh dikesan dan ianya jauh berbeza dengan trajedi MH370, 8 March,2014 lalu, di mana mangsa-mangsa belum dapat diketemui. Akhir sekali, ucapan ta'ziah saya kepada semua waris-waris krew dan penumpang dalam nahas trajedi penerbangan MH17.

WASSALAM

THE ISLAMIC UNDERTAKER



 

July 03, 2014

MASTIKA HADITH RASULULLAH S.A.W. - CARA MANDI MAYAT



Kitab Mastika Hadith Rasulullah s.a.w. Jilid 2.(Jawi).
Karangan: Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih (1913-1996).
 
Kitab karangan Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih yang berasal dari Hadralmaut, Yaman. merupakan seorang tokoh Ulama Tanah Melayu pada abad yang ke duapuloh. Lahir pada 29 Dis,1913 atau 1915 di kawasan Ma'abdah berhampiran Mekah. Beliau berhijrah mengikuti ayahya ke Tanah Melayu pada tahun 1927 semasa baru berumur 12 tahun. Beliau banyak menghasilkan kitab-kitab seperti 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (30Juz)', 'Mukadimah Mastika Hadith', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.(Iman -Tauhid)', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w(Sembahyang)', 'Panduan Mengurus Jenazah' dan lain-lain lagi dan beliau telah meninggal dunia pada 14 July,1996 di kediamannya, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam perkara 'Mandi Mayat' sila rujuk kitab 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.' pada Jilid2 ms328.

Menurut huraian Ulama Rahimallah, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan badan mayat dan celah-celahnya, kemudian baru dimandikan - Sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuhnya.
Rujuk: Kitab 'Sabilulmuhtadin' Bhg.2 ms 68.

Cara yang lebih sempurna dimandikan sebanyak tiga kali.

1.  Kali yang pertama dimandikan dengan air bercampur dengan serbuk daun bidara(atau dengan
     menggunakan sabun).
2.  Kemudian dibilas dengan air semata-mata.
3.  Sesudah itu dimandikan dengan air yang dicampurkan sedikit kafur barus padanya.

Demikian juga dilakukan pada kali yang kedua dan kali yang ketiga.
Jika difikirkan perlu, boleh di ulangi sehingga menjadi lima kali atau tujuh kali.
Mandi kali yang pertama (dengan air yang dicampur padanya sedikit kapur barus) itulah yang wajib dan yang lainnya sunat belaka.

Dalam cara atau kaedah  mandian mayat  yang terdapat pada kitab ini, penulis dengan jelasnya merujuk mandian tersebut yang bersandarkan kepada  Kitab 'Sabilulmuhtadin', yang juga merupakan suatu madian mayat ala 'Al Banjari' yang sebenarnya.

Kitab ini mengandungi tiga jilid semuanya, dalam tulisan jawi yang mudah dibaca dan difaham, dan diguna pakai di seluruh Malaysia.


WALLAHU TA'ALA A'LAM.


 


July 02, 2014

A MOMENT WITH CHIEF MINISTER OF KEDAH DARUL AMAN

 
TUESDAY - SUNGAI PETANI, KEDAH
Majlis Berbuka Puasa Bersama Y.A.B.Menteri Besar Kedah Darul Aman.
 
Taman Bandar Baru Mosque, Sungai Lalang, Kedah.
A moment of joy with the Chief Minister of Kedah for the receiving participants of Hari Raya gifts on the 01 July, 2014 (03 Ramadan, 1435H) held at the Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Kedah. One of the newly added participant to list, was the 'Funeral Management' group from the Kuala Muda district and it was the first time of it kind ever held as thousands filled the mosque for the Iftar, the third day of break fasting month of Ramadan.

 
 
Lady participants receiving gifts from YAB Chief Minister of Kedah,
Dato Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir.
 
YAB Dato Seri Mukhriz said, "The 'Islamic Funeral Management' is a Muslim cognitive service in line with the Fardhu Kifayah". Alhamdulillah, with much appreciated and thank you YAB Dato Seri. 
 
 
REPORT FROM
THE ISLAMIC UNDERTAKER.
 
 
 


July 01, 2014

AIR SEMBILAN YANG DISEBUT DALAM KITAB AL BANJARI DAN AL FATANI

Kursus Mandi Mayat
 
 

Melihat pada kitab-kitab yang berkaitan dengan mandian mayat, terutama sekali bagi kitab-kitab Jawi lama seperti 'Sabilulmuhtadin' dan 'Baghiyatutollab' yang dikatakan  mempunyai persamaannya pada mandian mayat di dalam kedua-dua buah kitab tersebut, maka saya merasa amat penting sekali bagi mengkelasifikasikan terlebih dahulu bagi  menamakan mandian tersebut sebagai 'Madian Al Banjari' yang disandarkan kepada kitab Ulama Banjar 'Sabilulmuhtadin' dari Bajarmasin, Indonesia dan 'Mandian Al Fatani' yang disandarkan kepada kitab 'Baghiyatutollab'  yang dituliskan oleh  Ulama Petani, Thailand. Dengan itu mudahlah buat saya dan pembaca-pembaca menyebut yang mana satu mandian mayat itu dan ini. Kerana itu, saya memohon ampun dan maaf kepada penerbit kitab-kitab tersebut di atas memberi nama-nama mandian jenazah yang mana mungkin tidak seharusnya ada sedemikian rupa di dalam kitab-kitab mereka itu. Justeru itu sekali lagi saya memohon maaf. 

 
Kitab Ulama Banjar 'Sabilulmuhtadin' dalam tulisan Jawi
Oleh Sheikh Mohammad Arshad Bin Abdullah Al Banjari.
 

Mandian Al Banjari - Sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuhnya.

Mayat dimandikan sebanyak 3 kali(Dikira 1 kali mandi).
1. Kali yang pertama, dimandikan dengan air bidara atau sabun,
2. Kali yang kedua, dimandikan dengan air bagi menghilangkan bekas air bidara atau sabun.
3. Kali yang ketiga, dimandikan dengan air bersih ( خلص ) daripada kepala hingga ke hujung kaki, dan inilah yang menggugurkan yang wajib dan sunat di bubuh sedikit kapur barus padanya.

Sunat di tambah lagi dengan mandian kali 2, dan kali 3 dan menjadi sembilan kali semuanya.

Maka terhasil pula dua kifiat lagi  pada 'Mandian Al Banjari' ini yang serupa kaedahnya pada 'Mandian Al Fatani' yang terdapat di dalam kitab 'Baghiyatutollab'.
 
Rujuk: Sabilulmuhtadin (Jawi) Bhg2 ms70 (perlu dihuraikan).

Perkataan mandian 'Air Sembilan' yang di kata melepaskan yang wajib bagi mayat, ada tersebut di dalam kitab yang bernama 'Baghiyatutollab' karangan Sheik Daud Bin Abdullah Al Fatani dari Petani, Thailand yang ditulis kira-kira pada pertengahan abad yang ke lapanbelas. Perkataan 'Air Sembilan' ini tidak asing lagi bagi pemandi-pemandi mayat yang mengikuti kitab ini, bahkan telah menjadikan   'Mandian Al Fatani' ini sebagai mandian mayat yang lazim bagi masyarakat Melayu Nusantara yang berlandaskan kepada hukum Syara.  


 
 
Kiab Ulama Petani 'Baghiyatutollab' dalam tulisan Jawi.
Oleh Sheikh Daud Abdullah Bin Idris Al Fatani.

 
Mandian Al Fatani - Sekurang-kurang memandikan mayat itu meratakan air pada segala tubuhnya dan tiada wajib berniat.

Kifiat pertama:
1. Dimandikan dengan air daun bidara.
2. Dimandikan dengan air bagi menghilangkan air daun bidara.
3. Dimandikan dengan air bersih  ( خلص ) dari kepala hingga ke hujung kaki (Inilah dikatakan 3 kali
    mandi).

Diperbuat pula lagi enam kali seperti di atas, dan jumlah menjadi sembilan kali mandi semuanya dan inilah di katakan 'Air Sembilan' yang melepaskan yang wajib.

Kifiat kedua (yang terlebih afdhal).
1. Dimandikan dengan air bidara.
2. Dimandikan dengan air bersih bagi menghilangkan air daun bidara (Inilah dikatakan 2 kali mandi).

Diperbuat pula lagi 4 kali mandi seperti di atas, dan jumlah menjadi enam kali mandi semuanya.
3. Dimandikan dengan air bersih tiga kali daripada kepala sehingga hujung kaki. Sunat di bubuh sedikit kapur barus pada air tersebut pada mandian ke tujuh, ke lapan, dan ke sembilan yang menggugurkan atau melepaskan yang wajib.
 
Rujuk: 'Baghiyatutollab' (Jawi) Bhg.2 ms 10. (perlu dihuraikan).
 
Kedua-dua kifiat ini harus di perlihatkan dan ditinjau dengan lebih teliti dalam semua aspek perlaksanaan mandiannya supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan tentang kebilangan mandi ini di kalangan pemandi-pemandi mayat terutama pada yang baru belajar. Mandian mayat boleh dilakukan mengikut kelaziman setempat asalkan tidak  menjadi sesuatu yang bersalahan dengan hukum Syara, sebab mandi mayat tidak mempunyai keadah yang tertentu asalkan semuanya kembali merujuk kepada Hadith Sahih Rasulullah s.a.w. dan persetujuan para Ulama dalam perihal mandi mayat.

Bagaimanapun terdapat juga mandian Al Fatani dari kitab-kitab dari Petani  seperti 'Furu Al Masail', 'Kasfullisam' dan juga di dalam mandian Al Banjari dari kitab 'Sabilulmuhtadin' yang  hanya menyebutkan perkatan 'Sembilan' pada kebilangan mandian mereka. Justeru itu jelas bagi kita bahawa perkataan 'Sembilan' itu ada mempunyai hubungkait dengan istilah 'Air Sembilan' yang diguna pakai dalam mandian mayat cara Al Banjari ataupun cara Al Fatani. Inilah di katakan yang menutup ( كسف ) dari apa yang terkandung sebenarnya di dalam bahasa kelasik itu sendiri.

Kitab-kitab seperti ini agak sukar dibaca di zaman sekarang, bahkan perlu bimbingan dari guru-guru yang mahir dan juga kajian yang mendalam dengan ertikata memahami bahasa kelasik dan tulisan Jawi lama yang diguna pakai pada hampir dua setengah abad yang lalu. Maka ini perlu kepada penghambaan dan pengorbanan.
 

Wallahu ta'ala a'lam.
 

* Menutup - كسف
* Bersih -    خالص

 

June 23, 2014

MEMASUKI MAYAT KE DALAM KUBUR

 

 
 
A.  Sunat orang-orang yang memasuki kawasan perkuburan Islam memberi salam kepada ahli-ahli kubur dengan berkata:  
 
السلام عليكم اهل الديا رمن المؤ منين والمسلمين, وان ان ثاء الله بكم لاحقون.
  
Maksudnya: Sejahtera di atas kamu wahai ahli kampong ini daripada Mukmin dan Muslimin sesungguhnya aku, jika dikehendaki Allah akan menyusuli kamu kemudian.
 
 
 
 
B.  Sunat orang-orang yang memasuki mayat ke dalam kubur membaca:
  
بسم الله وعلى مالة رسول الله صلى الله عليه وسلم .
 
           Maksudnya: Dengan nama Allah dan atas agama Rasul Allah s.a.w.
 
  
C.  Sunat orang-orang yang di tepi kubur menaruh tiga kepalan tanah di sisi kepala mayat ke dalam kubur semasa permulaan penimbusan kubur dilakukan serta membaca:
 
Pada kepalan pertama:
  
منها خلقنا كم             
 
                         Maksudnya: Daripada Tanah kamu dijadikan.
 
Pada kepalan kedua:
 
                                                                 وفيها نعيدكم   
 
 
                     Maksudnya: Dan kepadanya kami kembalikan kamu.
 
Pada kepalan ketiga:
 
              ومنها نغرجكم تارة أخرى  
 
                Maksudnya: Dan dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi.
 
 
 
 
 



June 21, 2014

PROGRAM LATIHAN PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM


Masjid Al-Majidi, Sg.Layar Ujung, Sg.Petani, Kedah Darul Aman.

Masjid Penghulu Him, Sg.Petani,Kedah Darul Aman.

Program ceramah serta latihan di masjid masjid dan surau surau yang pernah saya kendalikan dengan jayanya adalah seperti berikut:

1.   25 Dis,2004   -  "Program Pengenalan dan Tugas-tugas Sebagai
                                Pentadbiran Jenazah".
                                Bertempat : Masjid Penghulu Him, Sg.Petani, Kedah.

2.   12 Dis,2006   -  "Kursus Mandi dan Kafan Mayat K3T".
                                Bertempat : Masjid Penghulu Him, Sg.Petani, Kedah.

3.   22 Jul,2007   -   "Kursus Mandi dan Kafan Mayat".
                                Bertempat : Surau Al-Hidayah, Taman Rhu, Tikam Batu,
                                Kedah.

4.   19 Jul,2008   -   "Kursus Mandi dan Kafan Mayat".
                                Bertempat : Surau Al-Hidayah, Tmn.Semarak, Sg.Pasir,
                                Sg.Petani, Kedah.

5.   06 Aug,2008  -  "Peranan Dan Tugas Dalam Pentadbiran Jenazah".
                                Bertempat : Masjid Penghulu Him, Sg.Petani, Kedah.

6.   15 Aug,2008 -   "Bimbingan Kearah Pentadbiran Dan Pengurusan Jenazah
                                Insan Islam Yang Berkesan".
                                Bertempat : Masjid Al-Majidi, Sg.Layar Ujung, Sg.Petani,
                                Kedah.

7.   23 Aug,2008 -   "Latihan Mandi dan Kafan Mayat".
                                Bertempat : Surau An-Naim, Kg.Sg.Jagung, Sg.Petani,
                                Kedah.

8.  06 April,2014 -  "Pengurusan Mandi dan Kafan Mayat"
                                Bertempat : Markas Pas Simpor, Sg.Petani, Kedah.

9.  21 Jun,2014    -  "Pengurusan Jenazah  Islam (Mandi & Kafan Mayat)" Siri II
                                Bertempat : Surau Al Hidayah, Tmn.Semarak, Sg.Pasir,
                                Sg.Petani, Kedah.


Surau An Naim, Sg.Jagong, Sg.Petani.

Surau AL-Hidayah,Taman Semarak, Sg.Petani, Kedah.

Surau AL-Hidayah, Taman Rhu, Tikam Batu, Kedah.


 

June 19, 2014

DI ANTARA TUJUH BUAH KITAB DARI NUSANTARA YANG TERSOHOR DALAM BAB PENGURUSAN JENAZAH




1.  BAGHIYATUTOLLAB - Kitab Jenazah - Bhg.2 ms 2 - 34.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Sheikh Daud Bin Abdullah Idris Al Fatani.



2.  FURU AL MASAIL (Dua Jilid) - Kitab Jenazah - Jilid 1 ms 150 - 184.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani.





3.  MATLAIN AL BADRAIN - Kitab Jenazah - ms 52-54.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Muhammad Bin Ismail Daud Fatani.



 

4   WISHAH Al AFRAH -  Solat Jenazah - ms 31,47-53.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Muhammad Bin Ismail Daud Fatani.

 


5.  KASFULLISAM (Dua Jilid) - Kitab Jenazah - Jilid 1 ms 67-85.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Zainal Abidin Bin Muhammad Al Fatani.



6.  SABILULMUHTADIN - Bab Jenazah - Bhg.2 ms 65-88.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Sheikh Muhammad Arshad Bin Abdullah Al Banjari.



7.  MASTIKA HADIS RASULULLAH s.a.w (Tiga Jilid) - Mengurus Jenazah Jilid 2 ms 327-430.
Dalam tulisan Jawi Melayu oleh Sheikh Abdullah Bin Muhammad Basmieh.




 

June 10, 2014

THE ISLAMIC FUNERAL MANAGEMENT AND ADMINISTRATION - The Third Party

 

 
 
In Islamic Funeral Management And Administration, there are three categories below that you must know. My past experience in this field and now trying hard avoiding this phenomena on 'Third Party' involvement as to guard the interest of my client. So let share it together.
 

A. The family bereavement representative or the deceased next of kin - is known as the 'First Party'.

B. The mosque and the relevant funeral undertaking agency that undertakes the funeral processes  - is known as the 'Second Party'.
 
C. A person who acts as a funeral mediator for the bereavement family - is known as the 'Third Party'
 
Be smart not to include any 'Third Party' involvement in the family funeral bereavement  expenditure as it will deter the variances due the improperly selected 'Party' or 'Parties' involves in solving one of the funeral financial settlement. So manage and administer it wisely in the name of ALLAH swt.
 
 
MAY ALLAH BLESS YOU
INSHA ALL


Refer this blog:
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH - Orang Tengah dated 18 Sept.2011

 

June 02, 2014

THE ISLAMIC FUNERAL MANAGEMENT AND ADMINISTRATION - D.I.Y Family Funeral Service

 

Islamic funeral course held at the Markas Pas Simpor Besar, Sg. Petani, Kedah on 6 April, 2014 
 
D.I.Y. FAMILY FUNERAL SERVICE
 
As an Islamic funeral consultant, many have acknowledged and adapted my way on do it yourself (D.I.Y) funeral service. Course after course carried out preaching on Islamic funeral services and also tips about how to handle yourself on your family funeral service with a low budget saving plan.  Call yourself a 'Family Funeral Undertaker' or 'Family Funeral Administrator' or anything you want to be called and  monitoring on the bereavement hard trying days from the early death till the final burial without any interruption. Definitely in order to perform this family funeral service successfully, follow these five steps carefully:
 
A.   You must obtained the deceased death registration/burial permit JPN LM02
       (Pin.1/11) from the Police station, or the nearby hospital (For Malaysia only).
 
B.   You engaged a grave-taker for the burial, casket and a funeral hearse
       when necessary.
 
C.   You engaged a qualified body washer for the deceased and inclusive of the
       body shroud(kafan) or perform those yourself.
 
D.   You engaged an Imam for funeral prayer and talqin within a specific time
       scheduled or be the Imam/Talqin yourself and maintain a close liaison
       with the Imam and mosque's personnel.
 
E.   You record all transactions on the funeral expenses.
 
Be your own 'Family Funeral Administrator' successfully.
INSHA ALLAH.

 


May 04, 2014

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM - Peribahasa

PENGURUSAN JENAZAH

Dalam Perihal:
Mandi, Kafan, Sembahyang dan Perkebumian Mayat.

Kesimpulannya:
 "Ramai yang belajar tetapi sedikit sahaja yang mengamalkannya".

PENTADBIRAN JENAZAH

Dalam Perihal:
Mentadbir serta pengelolaan pada sesuatu jenazah dari awal mandinya hingga dikebumikan.

Kesimpulannya:
"Ramai tidak mempelajarinya dan ramai pula yang tidak mengetahuinya".


Rujuk: Pengurusan Mayat Terbahagi Kepada Tiga Aliran - Bth. 19 Aug, 2010



 

January 05, 2014

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM - Kerjasama ATM dgn Pihak Tempatan

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Pengurusan Jenazah ATM Dengan Penuh Istiadat
 
 
PENGENALAN
ATM - Angkatan Tentera Malaysia (Darat,Laut dan Udara).
PIHAK TEMPATAN - Waris si mati, orang kampong, Pengurusi dan AJK masjid atau surau, dan pegawai pentadbiran jenazah tempatan.

PIHAK ATM
Sebarang kematian yang berlaku dalam ATM terutama sekali pada anggota-anggota Islam semasa bertugas ataupun di luar tugas, maka terjadilah suatu badan 'Pengurusan Jenazah Islam ATM' secara penuh istiadat ATM. Lantikan dari pihak atasan ATM atau unit yang bertanggungjawab bagi mengurus dan mentadbir segala urusan jenazah tesebut di atas empat perkara:
  1. Mandi mayat,
  2. Kafan mayat (Termasuk keranda khas ATM),
  3. Solat jenazah, dan
  4. Perkebumian.
ATM dengan secepat mungkin melantik beberapa pegawai jenazah yang akan menghubungi pihak-waris, pengurusi atau AJK masjid bagi tujuan menguruskan si mati di tempat asal kampungnya. Kerjasama di antara ATM dengan Pihak Tempatan adalah amat penting sekali bagi menjalinkan perhubungan yang mesra bertujuan mengurusan dan mentadbir sesuatu jenazah dengan begitu baik sekali dan hakikat ini harus difahami oleh kedua-dua pihak.
 
PIHAK TEMPATAN
Waris si mati, balu atau anak tidak perlu bersusah payah kerana segala urusan pengurusan dan pentadbiran jenazah di kendalikan sepenuhnya oleh pihak ATM. Waris hanya perlu memaklumkan kepada pegawai ATM seperti berikut:
  1. Alamat dan telifon tempat si mati hendak dikebumikan.
  2. Tanah perkuburan telah disediakan atau pun tidak.
  3. Masjid yang terdekat sekali dengan alamat kampong si mati.
  4. Sembahyang kali ke dua di masjid perlu atau pun tidak.
Mudah-mudahan segala usaha dan rancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan semoga di berkati oleh Allah SWT.
 
WASSALAM