A. Sunat orang-orang yang memasuki kawasan perkuburan Islam memberi salam kepada ahli-ahli kubur dengan berkata:
السلام عليكم اهل الديا رمن المؤ منين والمسلمين, وان ان ثاء الله بكم لاحقون.
Maksudnya: Sejahtera di atas kamu wahai ahli kampong ini daripada Mukmin dan Muslimin sesungguhnya aku, jika dikehendaki Allah akan menyusuli kamu kemudian.
B. Sunat orang-orang yang memasuki mayat ke dalam kubur membaca:
بسم الله وعلى مالة رسول الله صلى الله عليه وسلم .
Maksudnya: Dengan nama Allah dan atas agama Rasul Allah s.a.w.
C. Sunat orang-orang yang di tepi kubur menaruh tiga kepalan tanah di sisi kepala mayat ke dalam kubur semasa permulaan penimbusan kubur dilakukan serta membaca:
Pada kepalan pertama:
منها خلقنا كم
Maksudnya: Daripada Tanah kamu dijadikan.
Pada kepalan kedua:
وفيها نعيدكم
Maksudnya: Dan kepadanya kami kembalikan kamu.
Pada kepalan ketiga:
ومنها نغرجكم تارة أخرى
Maksudnya: Dan dari tanah juga akan dikeluarkan kamu sekali lagi.
No comments:
Post a Comment