July 03, 2014

MASTIKA HADITH RASULULLAH S.A.W. - CARA MANDI MAYAT



Kitab Mastika Hadith Rasulullah s.a.w. Jilid 2.(Jawi).
Karangan: Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih (1913-1996).
 
Kitab karangan Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih yang berasal dari Hadralmaut, Yaman. merupakan seorang tokoh Ulama Tanah Melayu pada abad yang ke duapuloh. Lahir pada 29 Dis,1913 atau 1915 di kawasan Ma'abdah berhampiran Mekah. Beliau berhijrah mengikuti ayahya ke Tanah Melayu pada tahun 1927 semasa baru berumur 12 tahun. Beliau banyak menghasilkan kitab-kitab seperti 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (30Juz)', 'Mukadimah Mastika Hadith', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.(Iman -Tauhid)', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w(Sembahyang)', 'Panduan Mengurus Jenazah' dan lain-lain lagi dan beliau telah meninggal dunia pada 14 July,1996 di kediamannya, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam perkara 'Mandi Mayat' sila rujuk kitab 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.' pada Jilid2 ms328.

Menurut huraian Ulama Rahimallah, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan badan mayat dan celah-celahnya, kemudian baru dimandikan - Sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuhnya.
Rujuk: Kitab 'Sabilulmuhtadin' Bhg.2 ms 68.

Cara yang lebih sempurna dimandikan sebanyak tiga kali.

1.  Kali yang pertama dimandikan dengan air bercampur dengan serbuk daun bidara(atau dengan
     menggunakan sabun).
2.  Kemudian dibilas dengan air semata-mata.
3.  Sesudah itu dimandikan dengan air yang dicampurkan sedikit kafur barus padanya.

Demikian juga dilakukan pada kali yang kedua dan kali yang ketiga.
Jika difikirkan perlu, boleh di ulangi sehingga menjadi lima kali atau tujuh kali.
Mandi kali yang pertama (dengan air yang dicampur padanya sedikit kapur barus) itulah yang wajib dan yang lainnya sunat belaka.

Dalam cara atau kaedah  mandian mayat  yang terdapat pada kitab ini, penulis dengan jelasnya merujuk mandian tersebut yang bersandarkan kepada  Kitab 'Sabilulmuhtadin', yang juga merupakan suatu madian mayat ala 'Al Banjari' yang sebenarnya.

Kitab ini mengandungi tiga jilid semuanya, dalam tulisan jawi yang mudah dibaca dan difaham, dan diguna pakai di seluruh Malaysia.


WALLAHU TA'ALA A'LAM.


 


No comments: