June 25, 2010

Mati Syahid

Mati syahid terbahagi kepada tiga peringkat:
  1. Syahid dunia dan akhirat.
  2. Syahid dunia.
  3. Syahid akhirat.
Syahid dunia dan akhirat
Orang-orang Islam yang terbunuh dalam 'Perang Sabil' dengan orang-orang kafir demi mempertahankan dan menegakkan agama Allah, iaitu agama Islam. Matinya dalam perjuangan sama ada ia dibunuh oleh orang kafir, terkena senjata sendiri atau terkena senjata rakan seperjuangan orang-orang Islam dengan tidak sengaja. Yang gugur syahid dalam keadaan sedemikian, dimuliakan serta diberikan keistimewaan di dunia dan akhirat.

Hukumnya:
  1. Haram dimandikan mayatnya.
  2. Sunat dikafan dalam pakaian yang berlumuran darah.
  3. Haram disembahyangkan.
Syahid dunia
Orang-orang Islam yang terbunuh dalam peperangan dengan orang-orang kafir (tetapi telah merosakkan perjuangan yang mulia tersebut dengan melakukan sesuatu yang dilarang). Seperti berjuang kerana riak, atau mencari nama, terbunuh kerana melarikan diri, atau menggambil harta rampasan perang yang belum diagihkan.

Hukumnya:
  1. Dimandikan.
  2. Dikafankan.
  3. Disembahyangkan.
Syahid akhirat
Orang-orang Islam yang matinya kerana penyakit yang berat, kerana kemalangan seperti mati lemas, mati terbakar, mati kerana keruntuhan bangunan atau tertimbus tanah atau batu dan sebagainya. Mati dibunuh dengan inayai, mati dalam keadaan berdagang di negeri orang, perempuan mati bersalin dan sebagainya.

Hukumnya:
  1. Dimandikan.
  2. Dikafankan.
  3. Disembahyangkan.

Rujuk: Kitab 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.' Jil.2 ms.410







Mayat terbahagi pada lima keadaan

Yang mati pada gulongan tua dan muda (lelaki dan perempuan)

1. Mayat dalam keadaan baik tubuh badannya.
    Mayat yang sempurna anggota tubuh badannya dan tidak cacat. 

2. Mayat yang uzur.                           
    Mayat yang uzur kerana tua, sakit, cacat, sebab-sebab kemalangan
    dan bencana alam. 

3. Mayat yang tidak cukup sifatnya.   
    Mayat yang cacat daripada asal lahirnya.

4. Mayat yang tidak hadir atau ghaib. 
    Mayat yang tidak diketemui, dan mati di luar negeri.

5. Mayat yang syahid.
    Rujuk 'Mati Syahid' bth. June 25, 2010.




June 24, 2010

Yang lebih utama memandi mayat orang Islam

Mayat lelaki dewasa.
Si mati dimandikan oleh kaum lelaki, diutamakan daripada waris-waris terdekatnya seperti isteri, dan anak-anaknya.

Mayat perempuan dewasa.
Si mati dimandikan oleh kaum perempuan, diutamakan daripada waris-waris terdekatnya seperti suami, dan anak-anaknya.

Mayat kanak-kanak yang masih kecil lelaki dan perempuan.
Si mati dimandikan oleh kaum lelaki atau perempuan.

Mayat 'Khunsa Muskil' (Bukan bersifat lelaki dan bukan bersifat perempuan).
Si mati dimandikan oleh waris-warisnya yang terdekat terdiri daripada kaum lelaki atau perempuan. Juga harus dimandikan oleh kaum lelaki atau perempuan yang bukan muhrimnya. Kafannya dengan lima lapis kain dan berdiri Imam pada pinggangnya ketika solat jenazah.

Mayat 'Khunsa Wadhih' (Yang mempunyai dua alat kelamin, tetapi satu yang berfungsi).
Si mati dimandikan oleh kaum sejenisnya.
  1. Si mati disahkan oleh penjaganya, selalu berkelakuan seperti perempuan sebelum mati, maka dimandikannya oleh kaum perempuan, dan pengurusan mayatnya diperbuat seperti mayat perempuan dewasa. 
  2. Si mati disahkan, selalu berkelakuan seperti lelaki pula, maka kaum lelakilah yang memandikannya dan pengurusan mayatnya diperbuat seperti mayat lelaki dewasa.
Mayat lelaki yang kekal meniru perwatakan perempuan.
Si mati dimandikan oleh kaum lelaki atau waris-waris terdekat, walaupun si mati telah menjalani suatu pembedahan pertukaran jantina.

Mayat perempuan yang kekal meniru perwatakan lelaki.
Si mati dimandikan oleh kaum perempuan atau waris-waris terdekatnya.



June 23, 2010

Syarat bagi pemandi mayat dan persediaan bilik mandi mayat

  1. Merdeka - Bebas, berani, sabar, berilmu, dan amanah.
  2. Islam.
  3. Bukan penjenayah atau pembunuh terhadap si mati.
  4. Bukan seteru atau musuh si mati.
  5. Bukan kanak-kanak.
  6. Bukan fasik.
Rujuk Kitab 'Sabil al-Muhtadin' 2:72 

Pemandi-pemandi mayat terdiri daripada:
  1. 2 x pemandi.
  2. 1 x pembantu (penjurus air).
  3. 1 x waris atau wali terdekat sebagai saksi.
*   Peristiwa tentang Rasullah s.a.w. dimandikan oleh: Saidina Ali dan Fadhil Bin Abbas,Usamah Bin Zaid menjurus air, dan dihadhiri oleh Saidina Abbas r.a.(bapa saudara Nabi).

Rujuk Kitab 'Sabil al-Muhtadin' 2:69


Perihal mandi mayat
  1. Mayat yang berpenyakit seperti HIV/AID, atau kecederaan teruk sebab kemalangan seperti tubuh terbakaran dan sebagainya, mayat diutamakan mandi di hospital.
  2. Pemandi-pemandi mayat ditegah sekali jangan menceritakan perihal rahsia tubuh si mati kepada umum dan ini merupakan suatu amanah.
  3. Jika keluar najis daripada mayat selepas mandi atau pada kafannya maka tidaklah perlukan memandinya semula, hanya perlu dibersihkan sahaja.


Persediaan di bilik mandi mayat

Bilik mandi mayat hendaklah sederhana luasnya, di mana pemandi-pemandi bebas bergerak semasa memandikan mayat dan bilik mandi hendaklah dalam keadaan tertutup supaya tidak kelihatan pada orang ramai. Bilik mandi boleh disediakan dengan bau-bauan yang wangi.


Persiapan mandi mayat secara tradisional 



Peralatan mandi tradisional
  1. 1 x Palong mandi mayat fiberglas.
  2. 1 x Paip air.
  3. 4 x Bekas air.
  4. 1 x Meja untuk peralatan mandi.
  5. 1 x Bekas kosong untuk persalinan mayat.


June 21, 2010

Cara mandi mayat Islam pesakit HIV/AID

Pejabat Kesihatan Daerah perlu diberitahu semua kes kematian HIV/AID. Rujuk Sekyen 10(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan pesakit berjangkit 1988-"Adalah menjadi kesalahan kepada setiap penghuni dewasa mana-mana rumah tempat terdapatnya apa-apa penyakit berjangkit, tiap-tiap orang yang menjaga atau yang ada bersama dengannya, dan tiap-tiap orang yang bukan pengamal perubatan yang menyelenggarakan mana-mana orang yang menghidap atau yang mati akibat penyakit berjangkit jika tidak melapurkan kes-kes tersebut kepada Pegawai Kesihatan atau Balai Polis atau Ketua Kampung yang paling hampir dengan segera".

Mandi mayat HIV/AID mempunyai beberapa tambahan yang perlu ada pada mandi, kafan dan persiapan kubur mayat pesakit tersebut.

Perkakas mandi mayat pesakit HIV/AID:
  1. 2 x Botol yang berisi Klorox 1 litre.
  2. 3 x Timba.
  3. 1 x Basin.
  4. 1 x Kain kafan mayat (direndam dalam air Klorox (1:9) dan dikeringkan.
  5. 1 x Hamparan pelastik(4'x7').
  6. 2 x Gulung kapas. 
Persiapan untuk seorang 'Pemandi Mayat'.
  1. 1 x Penutup kepala.
  2. 1 x Cermin mata kalis air.
  3. 1 x Penutup mulut / hidung.
  4. 1 x Apron pelastik.
  5. 1 x Baju hujan pelastik.
  6. Sepasang sarung tangan getah.
  7. Sepasang kasut getah (tinggi).
Cara mandi mayat, dan kafan.
  1. Mandi mayat HIV/AID yang terbaik adalah di Hospital.
  2. Mayat dimandikan dahulu dengan air bersih yang dicampur dengan air 'Klorox' 1 litre (Sodium Hypochloride). Nisbah campuran-1 litre Klorox dicampur dengan 9 litre air bersih(1:9).
  3. Mayat dibiarkan selama 15 minit.
  4. Selepas 15 minit barulah dimandikan seperti biasa dilakukan pada mayat orang Islam.
Cara kafan mayat.
  1. Gunakan kain kafan yang pertama yang telah dikeringkan selepas direndam dalam air Klorox(1:9).
  2. Kain kafan yang ke 2 & 3 adalah kain biasa (Tanpa campuran air Klorox).
Persiapan Kubur.
  1. 1 x 1 kilo kapur (Cloride of Lime) ditabur ke dalam kubur.

June 20, 2010

Cara memandi mayat

Sebelum dimandikan, mayat hendaklah:
  • Dibersihkan
  • Diwudhukkan
  • Dimandikan
  1. Selepas wudhuk, bermula mayat dimandi dengan air daun bidara atau air sabun dari kepala hingga hujung kaki sambil digosok seluruh badannya dengan menggunakan kain sarong tangan kanan.
  2. Mayat dimandi dengan air bersih bagi menghilangkan air bidara atau sabun dari kepala hingga hujung kaki.
  3. Mayat dimandi dengan air bersih yang dicampur sedikit kapur barus dari kepala hingga hujung kaki.
  4. Sunat ditambah lagi dengan mandi kali yang ke dua dan ke tiga.
Nota:
Perkara 1,2, dan 3 ini dikatakan tiga kali mandi dan juga dibilangkan dengan sekali mandi.

Rujuk: 
Kitab 'Sabil al-Muhtadin' oleh Sheikh Mohammad Arshad Bin Abdullah al-Banjari. Bhg.2 ms.70 & 71.
Kitab 'Mastika Hadis Rasulullah s.a.w.' oleh Sheikh Abullah bin Muhammad Basmeih. Jld.2 ms.330.
          
        


Cara memandi mayat yang afdal

     Sebelum dimandikan, mayat hendaklah:
  • Dibersihkan
  • Diwudhukkan
  • Dimandikan
  1. Selepas wudhuk, bermula mayat dimandi dengan air daun bidara(sidir) atau air sabun dari kepala hingga hujung kaki serta digosok seluruh badannya dengan kain sarong tangan kanan.
  2. Mayat dimandi dengan air bersih bagi menghilangkan air daun bidara atau air sabun dari kepala hingga hujung kaki.(Perkara 1 dan 2 ini yang dikatakan sekali kali mandi).
  3. Diperbuat dua kali mandi seperti di atas.(menjadikan jumlah enam kali mandi semuanya).
  4. Mayat dimandi lagi tiga kali dengan air bersih yang dicampur sedikit kapur barus dari kepala hingga hujung kaki.(Inilah yang dikatakan tiga daripada sembilan kali mandi semuanya bagi melepaskan yang wajib).
Nota:
a.Mula mandi mayat di sebelah kanan hadapan dan kanan belakang badan daripada kepala hingga ke kaki kanannya.    
b.Kemudian mandi mayat di sebelah kiri hadapan dan kiri belakang badan daripada kepala hingga ke kaki kirinya.                
c.Kemudian mandi mayat dari tengah hadapan badan daripada kepala hingga ke hujung ke dua kakinya.

Rujuk:
Kitab 'Bughyatu al-Tulab' oleh Shiekh Daud bin Abullah al-Fatani.  Bhg.2 ms.9 & 10.
Kitab 'Sabil al-Muhtadin' oleh Sheikh Muhammad Arshad Bin Abdullah al-Banjari. Bhg.2 ms.71.