July 26, 2014

MAYAT YANG BERMASALAH - TRAGEDI MH17 DI UKRAINE

 
Tragedi Penerbangan Malaysia MH17 di Ukraine Pada 17 July,2014

Saya pernah ditanya oleh rakan-rakan di masjid dan surau dari perihal mengurus jenazah yang bermasalah seperti apa yang telah berlaku pada penerbangan Malaysia MH17 di Ukraine baru-baru ini. Ianya telah menjadi satu tajuk perbualan yang kerap dipersoalkan hari ini. Agak panjang lebar kalau dibincangkan, walaubagaimanapun jawapannya ada terdapat dalam blog ini, semoga ianya dapat membantu para pembaca sekalian. Insha Allah.
 
Rujuk Kitab:'Baghiyatutollab' Bhg.2 ms25., 'Sabilulmuhtadin' Bhg.2 ms82.
 
 
 
 
 
 

July 19, 2014

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM - SENARIO DI UKRAINE



SUDUT PANDANGAN - THE ISLAMIC UNDERTAKER



Contoh pesawat B777-MH17 yang malang itu.


"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI'UN"

Berikutan dengan trajedi tembak jatuh pesawat yang mengorbankan kesemua 298 penumpang B777-Mas MH 17 pada hari Khamis 17 July 2014 di ruang udara Ukraine, kerajaan Malaysia telah menghantar dengan penerbangan khas sepasukan sukarelawan SMART, dan JAKIM ke Ukraine bagi membantu misi mencari dan mengenalpasti mayat-mayat, serta penyertaan JAKIM bagi pengurusan mayat yang disertai oleh sepuloh Imam-imam dari Malaysia. Ianya jelas  menunjukan bahawa bukan mudah untuk mengurus serta mentadbir sesuatu jenazah yang ramai, lebih-lebih lagi ianya belaku di negara asing. 
 
Perdana Menteri Malaysia mengajukan tiga perkara kepada Ukraine dan Russia:-

1. Menjamin keselamatan dan menerima misi-misi penyelamat dari Malaysia.
2.Menentukan ketiadaan halangan serta gangguan kepada misi-misi penyiasat dan penyelamat Malaysia di Ukraine.
3. Menentukan pesalah-pesalah yang terlibat menembak jatuh penerbangan MH17 dibawa ke muka pengadilan mahkamah.
 

JAKIM yang dipercayai akan menguruskan mayat-mayat yang berugama Islam daripada pesawat MH17 juga merupakan suatu tugasan di luar nagara yang agak mencabar buat pertamakalinya, maka dengan itu beberapa perancangan serta faktor-faktor mesti di lihat dengan teliti:-
 
1. Kerana ianya berlaku di negara asing yang sedang bergolak politiknya.

2. Agar dapat menjalinkan kerjasama yang baik dengan rakyat negara tersebut pada faktor-faktor seperti berikut:- 
 a. Penyesuaian diri dan penyediaan tempat bagi mengurus mayat yang kebanyakannya uzur belaka.
 b. Penyediaan dan keperluan tanah perkuburan yang luas(mass grave) jika perlu.
 c. Proses mengaktridasi pulang mayat tersebut ke negara asal jika perlu.
 d. Pendedahan pada kawasan zon trgedi yang luas berkilometer persegi.
 e. Penerimaan senario dan budaya yang berbeza.
 f. Penyediaan logistik dan komunikasi yang mungkin menyukarkan.

3. Dapat memupuk perhubungan kerjasama yang erat antara kerajaan Malaysia dengan kedutaaan Ukraine dan Russia.
 
Saya berkeyakinan bahawa kerajaan Malaysia amat perihatin dan berpengalaman dalam hal ini. Justeru itu, saya berdoa kepada Allah swt. agar semua faktor dan halangan yang tersebut di atas dapat diatasi oleh misi penyelamat-penyelamat Malaysia dengan  baik sekali walaupun trajedi ini merupakan yang pertamakalinya berlaku di luar Negara Malaysia yang mana mayat-mayat boleh dikesan dan ianya jauh berbeza dengan trajedi MH370, 8 March,2014 lalu, di mana mangsa-mangsa belum dapat diketemui. Akhir sekali, ucapan ta'ziah saya kepada semua waris-waris krew dan penumpang dalam nahas trajedi penerbangan MH17.

WASSALAM

THE ISLAMIC UNDERTAKER



 

July 03, 2014

MASTIKA HADITH RASULULLAH S.A.W. - CARA MANDI MAYAT



Kitab Mastika Hadith Rasulullah s.a.w. Jilid 2.(Jawi).
Karangan: Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih (1913-1996).
 
Kitab karangan Syeikh Abdullah Bin Mohammad Basmeih yang berasal dari Hadralmaut, Yaman. merupakan seorang tokoh Ulama Tanah Melayu pada abad yang ke duapuloh. Lahir pada 29 Dis,1913 atau 1915 di kawasan Ma'abdah berhampiran Mekah. Beliau berhijrah mengikuti ayahya ke Tanah Melayu pada tahun 1927 semasa baru berumur 12 tahun. Beliau banyak menghasilkan kitab-kitab seperti 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (30Juz)', 'Mukadimah Mastika Hadith', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.(Iman -Tauhid)', 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w(Sembahyang)', 'Panduan Mengurus Jenazah' dan lain-lain lagi dan beliau telah meninggal dunia pada 14 July,1996 di kediamannya, Jalan Enggang Selatan, Taman Keramat, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam perkara 'Mandi Mayat' sila rujuk kitab 'Mastika Hadith Rasulullah s.a.w.' pada Jilid2 ms328.

Menurut huraian Ulama Rahimallah, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan badan mayat dan celah-celahnya, kemudian baru dimandikan - Sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuhnya.
Rujuk: Kitab 'Sabilulmuhtadin' Bhg.2 ms 68.

Cara yang lebih sempurna dimandikan sebanyak tiga kali.

1.  Kali yang pertama dimandikan dengan air bercampur dengan serbuk daun bidara(atau dengan
     menggunakan sabun).
2.  Kemudian dibilas dengan air semata-mata.
3.  Sesudah itu dimandikan dengan air yang dicampurkan sedikit kafur barus padanya.

Demikian juga dilakukan pada kali yang kedua dan kali yang ketiga.
Jika difikirkan perlu, boleh di ulangi sehingga menjadi lima kali atau tujuh kali.
Mandi kali yang pertama (dengan air yang dicampur padanya sedikit kapur barus) itulah yang wajib dan yang lainnya sunat belaka.

Dalam cara atau kaedah  mandian mayat  yang terdapat pada kitab ini, penulis dengan jelasnya merujuk mandian tersebut yang bersandarkan kepada  Kitab 'Sabilulmuhtadin', yang juga merupakan suatu madian mayat ala 'Al Banjari' yang sebenarnya.

Kitab ini mengandungi tiga jilid semuanya, dalam tulisan jawi yang mudah dibaca dan difaham, dan diguna pakai di seluruh Malaysia.


WALLAHU TA'ALA A'LAM.


 


July 02, 2014

A MOMENT WITH CHIEF MINISTER OF KEDAH DARUL AMAN

 
TUESDAY - SUNGAI PETANI, KEDAH
Majlis Berbuka Puasa Bersama Y.A.B.Menteri Besar Kedah Darul Aman.
 
Taman Bandar Baru Mosque, Sungai Lalang, Kedah.
A moment of joy with the Chief Minister of Kedah for the receiving participants of Hari Raya gifts on the 01 July, 2014 (03 Ramadan, 1435H) held at the Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, Kedah. One of the newly added participant to list, was the 'Funeral Management' group from the Kuala Muda district and it was the first time of it kind ever held as thousands filled the mosque for the Iftar, the third day of break fasting month of Ramadan.

 
 
Lady participants receiving gifts from YAB Chief Minister of Kedah,
Dato Seri Mukhriz Bin Tun Dr. Mahathir.
 
YAB Dato Seri Mukhriz said, "The 'Islamic Funeral Management' is a Muslim cognitive service in line with the Fardhu Kifayah". Alhamdulillah, with much appreciated and thank you YAB Dato Seri. 
 
 
REPORT FROM
THE ISLAMIC UNDERTAKER.
 
 
 


July 01, 2014

AIR SEMBILAN YANG DISEBUT DALAM KITAB AL BANJARI DAN AL FATANI

Kursus Mandi Mayat
 
 

Melihat pada kitab-kitab yang berkaitan dengan mandian mayat, terutama sekali bagi kitab-kitab Jawi lama seperti 'Sabilulmuhtadin' dan 'Baghiyatutollab' yang dikatakan  mempunyai persamaannya pada mandian mayat di dalam kedua-dua buah kitab tersebut, maka saya merasa amat penting sekali bagi mengkelasifikasikan terlebih dahulu bagi  menamakan mandian tersebut sebagai 'Madian Al Banjari' yang disandarkan kepada kitab Ulama Banjar 'Sabilulmuhtadin' dari Bajarmasin, Indonesia dan 'Mandian Al Fatani' yang disandarkan kepada kitab 'Baghiyatutollab'  yang dituliskan oleh  Ulama Petani, Thailand. Dengan itu mudahlah buat saya dan pembaca-pembaca menyebut yang mana satu mandian mayat itu dan ini. Kerana itu, saya memohon ampun dan maaf kepada penerbit kitab-kitab tersebut di atas memberi nama-nama mandian jenazah yang mana mungkin tidak seharusnya ada sedemikian rupa di dalam kitab-kitab mereka itu. Justeru itu sekali lagi saya memohon maaf. 

 
Kitab Ulama Banjar 'Sabilulmuhtadin' dalam tulisan Jawi
Oleh Sheikh Mohammad Arshad Bin Abdullah Al Banjari.
 

Mandian Al Banjari - Sekurang-kurangnya dengan meratakan air ke seluruh tubuhnya.

Mayat dimandikan sebanyak 3 kali(Dikira 1 kali mandi).
1. Kali yang pertama, dimandikan dengan air bidara atau sabun,
2. Kali yang kedua, dimandikan dengan air bagi menghilangkan bekas air bidara atau sabun.
3. Kali yang ketiga, dimandikan dengan air bersih ( خلص ) daripada kepala hingga ke hujung kaki, dan inilah yang menggugurkan yang wajib dan sunat di bubuh sedikit kapur barus padanya.

Sunat di tambah lagi dengan mandian kali 2, dan kali 3 dan menjadi sembilan kali semuanya.

Maka terhasil pula dua kifiat lagi  pada 'Mandian Al Banjari' ini yang serupa kaedahnya pada 'Mandian Al Fatani' yang terdapat di dalam kitab 'Baghiyatutollab'.
 
Rujuk: Sabilulmuhtadin (Jawi) Bhg2 ms70 (perlu dihuraikan).

Perkataan mandian 'Air Sembilan' yang di kata melepaskan yang wajib bagi mayat, ada tersebut di dalam kitab yang bernama 'Baghiyatutollab' karangan Sheik Daud Bin Abdullah Al Fatani dari Petani, Thailand yang ditulis kira-kira pada pertengahan abad yang ke lapanbelas. Perkataan 'Air Sembilan' ini tidak asing lagi bagi pemandi-pemandi mayat yang mengikuti kitab ini, bahkan telah menjadikan   'Mandian Al Fatani' ini sebagai mandian mayat yang lazim bagi masyarakat Melayu Nusantara yang berlandaskan kepada hukum Syara.  


 
 
Kiab Ulama Petani 'Baghiyatutollab' dalam tulisan Jawi.
Oleh Sheikh Daud Abdullah Bin Idris Al Fatani.

 
Mandian Al Fatani - Sekurang-kurang memandikan mayat itu meratakan air pada segala tubuhnya dan tiada wajib berniat.

Kifiat pertama:
1. Dimandikan dengan air daun bidara.
2. Dimandikan dengan air bagi menghilangkan air daun bidara.
3. Dimandikan dengan air bersih  ( خلص ) dari kepala hingga ke hujung kaki (Inilah dikatakan 3 kali
    mandi).

Diperbuat pula lagi enam kali seperti di atas, dan jumlah menjadi sembilan kali mandi semuanya dan inilah di katakan 'Air Sembilan' yang melepaskan yang wajib.

Kifiat kedua (yang terlebih afdhal).
1. Dimandikan dengan air bidara.
2. Dimandikan dengan air bersih bagi menghilangkan air daun bidara (Inilah dikatakan 2 kali mandi).

Diperbuat pula lagi 4 kali mandi seperti di atas, dan jumlah menjadi enam kali mandi semuanya.
3. Dimandikan dengan air bersih tiga kali daripada kepala sehingga hujung kaki. Sunat di bubuh sedikit kapur barus pada air tersebut pada mandian ke tujuh, ke lapan, dan ke sembilan yang menggugurkan atau melepaskan yang wajib.
 
Rujuk: 'Baghiyatutollab' (Jawi) Bhg.2 ms 10. (perlu dihuraikan).
 
Kedua-dua kifiat ini harus di perlihatkan dan ditinjau dengan lebih teliti dalam semua aspek perlaksanaan mandiannya supaya ianya tidak akan menimbulkan sebarang kekeliruan tentang kebilangan mandi ini di kalangan pemandi-pemandi mayat terutama pada yang baru belajar. Mandian mayat boleh dilakukan mengikut kelaziman setempat asalkan tidak  menjadi sesuatu yang bersalahan dengan hukum Syara, sebab mandi mayat tidak mempunyai keadah yang tertentu asalkan semuanya kembali merujuk kepada Hadith Sahih Rasulullah s.a.w. dan persetujuan para Ulama dalam perihal mandi mayat.

Bagaimanapun terdapat juga mandian Al Fatani dari kitab-kitab dari Petani  seperti 'Furu Al Masail', 'Kasfullisam' dan juga di dalam mandian Al Banjari dari kitab 'Sabilulmuhtadin' yang  hanya menyebutkan perkatan 'Sembilan' pada kebilangan mandian mereka. Justeru itu jelas bagi kita bahawa perkataan 'Sembilan' itu ada mempunyai hubungkait dengan istilah 'Air Sembilan' yang diguna pakai dalam mandian mayat cara Al Banjari ataupun cara Al Fatani. Inilah di katakan yang menutup ( كسف ) dari apa yang terkandung sebenarnya di dalam bahasa kelasik itu sendiri.

Kitab-kitab seperti ini agak sukar dibaca di zaman sekarang, bahkan perlu bimbingan dari guru-guru yang mahir dan juga kajian yang mendalam dengan ertikata memahami bahasa kelasik dan tulisan Jawi lama yang diguna pakai pada hampir dua setengah abad yang lalu. Maka ini perlu kepada penghambaan dan pengorbanan.
 

Wallahu ta'ala a'lam.
 

* Menutup - كسف
* Bersih -    خالص