Tersebut dalam Hadis No. 691 Sahih Bukhari di mana Nabi s.a.w., melarang membina masjid di atas kubur kerana perbuatan itu tidak disukai dan dikutuk oleh Allah swt.
عن عائشة عن النبي ص م قال مَرَضِهِ الذى مات فيه لعن الله يهُودَ والنصَارى اتخذو
قبُورَ انبيَائِهم مسجدًا قلت ولولا ذلِك لاَبرَزُواقبرَهُ غيراَنّى اَخشَى ان يُتّخَذَ مَسجدًا.
Dari Aishah r.a., katanya ketika Nabi sedang sakit keras mendakati ajal beliau, beliau bersabda: " Allah mengutuk orang-orang Yahudi dan Nasrani yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka menjadi masjid." Kata Aishah menambahkan,"Kalau tidak demikian tentu mereka menyatakan bahwa itu kubur Nabi, tanpa aku khuatir akan dijadikan masjid."
* Bagaimanapun masih terdapat masjid-masjid di seluruh dunia telah pun dibina di atas kubur seperti Masjid Al Aqsa di Baitul Maqdis, di Mesir, di Malaysia dan lain-lain lagi serta terdapat pula yang mempertahankan perkara ini di atas rujukan Surah Al Kahfi ayat 21 ada kaitannya.
No comments:
Post a Comment