August 29, 2010

Apabila Seorang Manusia Meninggal Dunia


Rasulullah bersabda:

       َعَنْ أبِى هُرَيْرَةَ اَنَّ رَسُوْلَ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاَل
      ٍاِذَا مَاتَ اْلاِنْسَانُ اِنْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ اِلاَّ مِنْ ثَلاَ ثَة
 ُاِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعْ بِهِ اَوْوَلَدٍ صَالِعٍ يَدْعُوْلَه  

                        Hadis Sahih Muslim: Dari Abu Hurairah r.a.


Maksudnya: "Apabila seorang manusia meninggal, maka putuslah (terhenti)
segala amalannya, kecuali tiga perkara: 1) Sadaqah jariahnya. 2) Ilmu yang
diambil orang manfaatnya,dan 3) Anak yang solih yang selalu mendoakannya".







August 25, 2010

Tiada Upah Dalam Berdakwah

Al Quran - Surah Shaad ayat 86



                      بسم الله الرحمن الرحيم     

       َقُلْ مَآأسْئَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أجْرِ وَمَآ أنَامِنَ ألْمُتَكَلِّفِين

Maksudnya: Katakanlah (hai Muhammad): "Aku tidak meminta upah sedikitpun kepadamu atas da`wahku; dan bukanlah aku termasuk orang-orang yang mengada-adakan".



Renungan Hadis Dalam Pengurusan Jenazah

Boleh bersadaqah untuk orang yang mati.

Daripada Aishah r.a., katanya:

        َعَنعَائِشَةَ ان رَجُلً اَتَى النبِى اللهُ عَليْهِ وَسَلَمَ فقل   
     يَارَسُوْلَ اللهِ اِن اُمِّىَ افتلِتتْ نَفسُهَا وَلمْ تُوْصِ وَاَظنهَا
    .لوْتكَلمَتْ تَصَدقَتُ افلهَا اَجْرٌ اِن تَصدقت عنها قَال نعم                                   
                                         Hadis Sahih Muslim. Dari Aishah r.a.

Maksudnya: "Seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah saw., 
"Ya Rasulullah! Ibuku meninggal dunia dengan tiba-tiba dan beliau tidak
sempat berwasiat. Menurut dugaanku, seandainya dia sempat berbicara,
mungkin dia akan bersadaqah. Dapatkah beliau akan pahalanya jika aku 
bersadaqah atas nama beliau?". Jawab Rasulullah saw., "Ya dapat!".



Banyak bercakap daripada bekerja.


Daripada Mughirah Bin Syu`bah r.a., katanya:

عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَة سَمِعْتُ النبِى ص م يَقولُ اِن اللهَ كَرِهَ لكُمْ                 
      .  ِثَلاثًاً : قِيْلَ وَقَاَلَ وَاِضَاعَة المَالِ وَكَثرَةَ السؤَال

                   Hadis Sahih Bukhari. Dari Mughirah Bin Syu`bah r.a.


Maksudnya: Dari Mughirah Bin Syu`bah r.a., katanya dia mendengar Rasulullah saw.bersabda:

"Allah s.w.t., membenci tiga perkara:
  1. Banyak bicara (tanpa bekerja).
  2. Menyia-nyiakan harta benda.
  3. Banyak bertanya (mempersendakan terutama mengenai agama dan sebagainya".


August 19, 2010

Pengurusan Mayat Terbahagi Kepada Tiga Aliran

Dalam masyarakat orang Islam di Malaysia, apabila berlakunya sesuatu kematian seorang Islam dalam sebuah kampung ataupun bandar, maka berlakulah  aliran pengurusan mayat yang berbeza-beza mengikut hukum, adat dan kemudahan. Huraiannya adalah seperti berikut di bawah ini:

Aliran Pertama - Pengurusan mayat yang afdal dikendalikan sepenuhnya oleh waris-waris terdekat si mati di atas perkara-perkara berikut: 
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati.

Aliran Kedua - Pengurusan mayat yang diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada pihak masjid atau surau di atas perkara-perkara berikut:
  • Laporan si mati kepada pihak yang berkuasa - oleh waris atau pihak masjid.
  • Peruntukan kewangan di perolehi daripada waris terdekat si mati oleh pihak masjid.
  • Mandi, kafan, sembahyang, dan perkebumian si mati - urusan pihak masjid.

Aliran Ketiga - Pengurusan mayat diamanahkan oleh waris-waris terdekat si mati kepada "Perkhidmatan Pengurusan Jenazah Islam" daerah masing-masing di atas empat perkara seperti berikut:
  • Mandi mayat.
  • Kafan mayat.
  • Sembahyang mayat.
  • Perkebumian mayat.


August 17, 2010

Menziarahi Orang Yang Telah Meninggal Dunia

Apabila menerima berita tentang adanya suatu kematian seorang yang beragama Islam di dalam kariah sama ada negara dalam aman ataupun dharurat. Ianya menjadi fardhu kifayah bagi anak-anak kariah di atas empat perkara ini: 1) Mandi mayat, 2) Kafan mayat, 3) Sembahyang mayat, dan 4) Mengkebumikan mayat. Maka ziarahilah si mati dan deiperbuatkan seperti berikut di bawah ini:

1. Apabila menerima khabar tentang kematian seseorang hendaklah berkata:

                  َإنا لِلهِ وَإِنا إِليْهِ رَاجِعُون
Maksudnya:
Sesungguhnya kami hanya bagi Allah dan kepadanya sahajalah kami dikembalikan.
  
2. Ziarahilah si mati di rumahnya jika hadhir atau pada lain tempat serta berdoa, bersadaqah, bertahlil dan mengucapkan takziah kepada waris-warisnya (sebelum atau selepas dikebumikan) dengan berkata:


        أعْظَمَ اللهُ أجْرَكَ, وَأحْسَنَ عَزَاءَكَ, وَغَفَرَ لِمَيِتِكَ

Maksudnya:
Mudah-mudahan Allah Taala mengurniakan pahala besar kepada kamu, dan menjadikan kamu bersabar serta       mengampuni dosa mayat kamu.

3. Bertanya khabarlah dengan sopan kepada waris terdekat di atas hal-hal yang hendak dipertanyakan dan diperlakukan bagi menguruskan si mati (AJK kariah, atau yang terlibat sahaja) dalam perkara-perkara tersebut di bawah ini:

a) mandi si mati.
b) kafan si mati.
c) sembahyang si mati.
d) perkebumian si mati.
e) laporan kematian kepada pihak yang berkuasa.
f)  peruntukan kewangan bagi menguruskan si mati. 


4. Berbicaralah dengan waris terdekat atau wakil keluarga si mati dengan mengadakan mesyuarat kecil bagi tujuan menguruskan si mati. Rujuklah perkara di para 3a,b,c,d,e,f. dan berbicaralah dengan lebih lanjut serta membahagikan tugas kerja dengan bertanggungjawab sehingga selesai mengkebumikan si mati.

INSYA,ALLAH.

August 16, 2010

Perbelanjaan Mengurus Mayat

Segala urusan perbelanjaan bagi mengurus mayat hendaklah diambil daripada harta peninggalan si mati terlebih dahulu. Jika si mati tiada berharta, maka tertanggunglah oleh waris-warisnya. Jika warisnya tiada berharta, maka tertanggunglah oleh orang-orang kaya, para dermawan, jiran-jirannya dan sehinggalah ke Baitulmal.

Rujuk: سبيل المهتدين  Bhg.2 ms 75.
Rujuk: بغية الطلب  Bhg.2 ms 7.


Maka menjadi kewajipan bagi waris-waris si mati melaksanakan  perkara-perkara seperti berikut:
  1. Mengeluarkan zakat si mati yang telah cukup segala syarat wajib zakat.
  2. Membayar hutang si mati kepada sesama manusia.
  3. Melaksanakan wasiat si mati yang berkaitan dengan harta peninggalannya.
  4. Membuat pembahagian harta si mati kepada waris-warisnya iaitu "Faraid".




August 03, 2010

Systematic Islamic Burial Site

A new concept in Malaysia especially on the Islamic burial site compared to the traditional site available. Quite number of  mosques has opted for this modern and systematic Islamic burial site and the advantages are as follows:
  1. Garden and landscape valued.
  2. A systematic burial site.
  3. Cleaner environment.
  4. Pleasant for visitors.
  5. Easy to locate graves.
  6. Increased on donations.
  7. Easier on burial site maintenance.
  8. Enhanced Islamic funeral administration and management.







A Systematic Islamic Male Burial Site




A Systematic Islamic Female Burial Site
Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani, Kedah


A Non-Systematic or Traditional Islamic Burial Site

 
Additional information on UK's Islamic Systematic Graveyard,
refer this website: