November 13, 2012

PENTADBIRAN JENAZAH - Menunggu Ketibaan Jenazah Yang Jauh.





Menunggu ketibaan jenazah yang jauh adalah saat-saat kepayahan buat waris-waris serta sanak-saudara yang terlibat. Kenalah banyak bersabar dalam perkara ini lebih-lebih lagi menunggu kepulangan jenazah dari seberang laut yang memakan masa dua atau tiga hari. Walau bagaimanapun marilah kita mengikuti apakah langkah-langkah dan tindakan yang baik yang perlu diambil oleh waris-waris dan jiran terdekat atau pentadbir jenazah di dalam perkara seperti ini supaya dapat kita berkongsi bersama.

PENGENALAN KES
1. Seorang yang beragama Islam meninggal dunia di Hospital Besar, Kuala Lumpur akibat kemalangan jalan raya.

2. Waris(ayah) si mati telah dihubungi oleh pihak Polis pada jam 0900 pagi.

3. Waris(ayah) si mati yang menetap di Sungai Petani, dengan segeranya berlepas ke Kuala Lumpur.

PERSOALANNYA - Apa yang waris(ayah) perlu buat sebelum berangkat ke Kuala Lumpur?
1. Waris(ayah) si mati harus meninggalkan pesan terlebeh dahulu kepada waris atau jiran yang terdekat sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Waris perlu redha, tabah serta sabar dan kuatkan semangat di atas apa yang berlaku, jika memandu kenderaan biarlah berteman dan bersedialah peruntukan wang yang mencukupi.

2. Dapat berkomunikasi dengan baik melalui telifon bimbit di antara waris(ayah) dengan waris lain dan jiran yang terdekat supaya persiapan di atas empat perkara ini terhadap mayat dapat di laksanakan dengan baik, a) Mandi, b) Kafan, c) Sembahyang dan,d) Mengkebumikan mayat.

3. Dapat membuat keputusan dengan jelas sama ada mayat tersebut akan di bawa pulang ke Sungai Petani atau di kebumikan di Kuala Lumpur.

4. Tentukan satu salinan 'Permit Mengubur (Pin 1/11)' diperolehi dari Hospital/Polis.

KEPUTUSAN WARIS(AYAH)
Mayat tersebut akan dibawa pulang ke Sungai Petani selepas sahaja mendapat kebenaran pihak hospital. Maklumat si mati adalah seperti berikut:

1. Meninggal dunia pada jam 0830 pagi.
2. Mayat akan dimandi dan dikafankan di Hospital Besar, Kuala Lumpur setelah bedah siasat dilakukan.
3. Mayat akan dibawa pulang ke Sungai Petani dari Kuala Lumpur dengan kereta jenazah pada jam 1130 pagi.(Jika ada perubahan jadual perjalanan, akan di beri tahu dari semasa ke semasa).

TINDAKAN WARIS DI SUNGAI PETANI
1. Waris keluarga yang tinggal di Sungai Petani, atau jiran yang di amanahkan akan memaklumkan kepada pihak masjid atau surau yang berdekatan agar hanya a) sembahyang jenazah, dan b) Perkebumian sahaja perlu dijalankan. Sembahyang jenazah dijangka pada jam 1700 petang.

2. Waris, jiran atau orang yang dilantik untuk mentadbir jenazah sahaja akan sentiasa berhubung dengan ayah si mati berkenaan jangkaan tiba mayat tersebut di Sungai Petani. Biasanya perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani memakan masa lebih kurang 4 atau 4.5 jam. Kalau di lokasi yang lain harap dapatkan maklumat lengkap tentang jangka masa perjalanan setempat.

3. Tentukan sama ada keranda dan kereta jenazah lain diperlukan atau tidak dan pastikan pihak masjid di beritahu tentang ketibaan mayat tersebut agar jangka masa yang sesuai dapat diperuntukan buat sembahyang mayat.

4. Waris melapangkan rumah bagi menerima kepulangan mayat dari Kuala Lumpur.

KETIBAAN KERETA JENAZAH DARIPADA KUALA LUMPUR
1. Jenazah selamat sampai ke rumah si mati di Sungai Petani untuk tujuan ziarah pada 1730 petang.
2. Jenazah dibawa ke masjid untuk disembahyang dan dikebumikan pada 1800 petang.

RUMUSAN KES
Kelewatan menyembahyangkan jenazah dalam kes ini berlaku di atas sebab-sebab tertentu seperti berikut:

a) Jenazah setengah jam lewat disembahyangkan.
a) Lambat tiba pada waktunya seperti jalan sesak pada hujung minggu atau perayaan.
b) Singgah di rumah keluarga mayat untuk tujuan ziarah yang agak lama.

Harus diperingatkan bahawa pengurusan dan pentabiran jenazah dalam kes ini berjalan sepertimana yang dijadualkan tetapi  hanya terdapat sedikit kelemahan dari segi teknikal sahaja. Ianya benar-benar menunjukan apa yang tidak dapat diduga telah berlaku seperti fakta-fakta yang disebut di atas. Dengan erti kata sebaik mungkin pada yang terlibat tingkatkanlah kesabaran dalam aspek pengurusan dan pentadbiran jenazah semoga kita semua diberkati ALLAH swt. Kita hanya dapat merancang tetapi ALLAH yang menentukan. 


    انا لله وانا اليه راجعون
                 
" Sesungguhnya kita adalah milik Allah dan hanya kepadanya kita kembali "

                                                                                                  (Al-Baqaroh;156)




No comments: