October 06, 2011

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH - Menempah Kenderaan Jenazah.



Perkhidmatan Kenderaan Jenazah Masjid Al Majidee, Sg.Layar Ujung.
Hubungi: Hj.Abd Rahman Bin Hashim - 013-5151416.

Menempah kenderaan jenazah, biasanya dilakukan oleh seorang 'Pentadbir Jenazah' daripada masjid,  ataupun yang bebas dan sebagainya atau 'waris' si mati yang berkebolehan yang dilantik selepas persetujuan di dalam mesyuarat kecil yang di adakan di rumah si mati. Contoh salah satu daripada ajenda dalam keputusan mesyuarat kecil tersebut ialah pada sembahyang mayat yang akan bermula pada tepat jam 11:00 pagi sebagaimana yang tercatit di dalam 'Borang A'. Selaku seorang 'Pentadbir Jenazah' yang mengurusan penempahan kenderaan jenazah mestilah menentukan 5 kepastian seperti di bawah ini dipatuhi:

1.  Pastikan 'Pengurus Kenderaan Jenazah' diberitahu dengan jelas tentang sembahyang jenazah pada tepat jam 11:00 pagi sepertimana yang tercatit dalam 'Borang A' (contoh sahaja). 

*  Bermakna kenderaan jenazah akan berada di kediaman si mati selewat-lewatnya 1/2 jam sebelum jam 11:00 pagi dan bertujuan hendak mempastikan supaya ianya tidak lewat jenazah di bawa ke masjid untuk disembahyangkan (untuk perjalanan jarak dekat sahaja).

2.  Pastikan satu salinan 'Permit Menguburkan(Am 138-Pin.1/78)' diberikan kepada 'Pengurus Kenderaan Jenazah' sebagai bukti yang sah untuk membawa mayat ke distinasi yang ditentukan. Akhir sekali permit tersebut diserahkan pula kepada 'Pengurus Perkuburan' di tempat si mati dikebumikan.

3.  Pastikan keranda atau papan sekeping(untuk liang lahat) diperlukan atau pun tidak.

4.  Pastikan palong mandi mayat diperlukan atau pun tidak.

5.  Pastikan semua perbelanjaan kenderaan diselesaikan oleh 'Pentadbir Jenazah' atau waris si mati kepada 'Pengurus Kenderaan Jenazah'.   



Rujuk blog ini:
BORANG A - MAKLUMAT PENGURUSAN JENAZAH(GEMULAH) bth.May 27, 2011.

Permit Menguburkan(Am 138 - Pin.1/78) bth.September 12, 2010.
http://islamicundertaker.blogspot.com/2010/09/permit-menguburkan-am-138-pin178.html







No comments: