August 01, 2011

KHUNSA - Dalam Pengurusan Jenazah Islam.

Dalam pengurusan jenazah Islam, jenis-jenis Khunsa adalah wajib dikenalpasti tentang kedudukkan status jantina mereka oleh pengurus-pengurus mayat atau jenazah. Pengetahuan tentang mengurus mayat khunsa ini   kadang-kadang sukar hendak difahamkan dan ianya penting dipelajari, supaya kekeliruan tidak akan berlaku di antara waris si khunsa dengan pengurus-pengurus jenazah dalam bab mandian mayat khunsa.

Difinasi 'Khunsa' خنثى ( hermaphrodite ) ialah seseorang yang dilahirkan dengan mempunyai dua alat kelamin lelaki dan perempuan. Dalam Islam, khunsa ini tetap mendapat pembelaan mengikut syarak dan tidak pula Islam memandang serong dan mempunyai sebarang diskriminasi terhadap mereka.

Dalam dunia ini hanya terdapat dua jenis Khunsa.

1.  Khunsa Musykil(Khunsa yang diragui).
Seseorang yang disahkan mempunyai 2 alat kelamin yang boleh digunakan, tetapi diragui pada yang lebih dominan sehingga sukar hendak mengenal pasti dari kecilnya hingga balighnya. Khunsa jenis ini haram berkahwin.

2.  Khunsa Ghair Musykil(Khunsa yang tidak diragui) atau Khunsa Wadhih(Yang Jelas)  واضح .
Seseorang yang disahkan mempunyai 2 alat kelamin tetapi mempunyai naluri kecenderongan kepada salah satu kelamin buat dirinya. Dari segi hukum harus berkahwin dengan pasangan yang berlawanan seperti lelaki sesama perempuan. Harus menjalani pemeriksaan pakar perubatan terlebih dahulu sebelum pembedahan pilih jantina dilakukan dan dengan serta mendapat persetujuan perintah mahkamah syariah dalam hal tersebut.

a. Jikalau kecenderongannya memihak sebagai naluri lelaki maka jadilah ia lelaki dan tidak boleh ia menjadi perempuan. Dalilnya ada tanda buang air kencing melalui zakarnya, tumbuh misai, janggut, serta bulu badan, suara garau atau kasar, dan berpakaian seperti lelaki.

b. Jikalau kecenderongan memihak sebagai naluri perempuan maka jadilah ia perempuan dan tidak boleh ia menjadi lelaki. Dalilnya ada tanda datangnya haid setiap bulan dan kencing melalui farajnya dan suara dan pakaian serta perwatakkan yang dikatakan seperti perempuan.

3. Mukhannath(Yang menyerupai perempuan) مخنث .
Seseorang yang mempunyai satu kelamin secara lahiriah, tetapi terdapat pula dalam dirinya kelamin yang kedua secara rohaniah, dalam erti kata 'split personality'. Contohnya seperti seseorang lelaki, yang mempunyai perwatakkan serta meniru-niru atau berpakaian seperti perempuan dan sebagainya dan ini adalah yang dilarang dalam Islam serta dilaknati oleh Allah swt. Di Malaysia, golongan mereka ini dikenali sebagai  'Mak Nyah' atau 'Pondan'. Haram bagi golongan mereka ini melakukan sebarang pembedahan tukar jantina daripada lelaki menjadi perempuan dan berkahwin dengan sesama jenis. Begitulah sebaliknya bagi kaum perempuan yang meniru perwatakkan dan fisikal seperti seorang lelaki. 

Rujuk:
1. Majlis Raja-Raja dalam mesyuaratnya pada kali ke-126 pada 24 Februari 1983 telah mempersetujui fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa(Bab kedudukan: a)Mak Nyah dan b)Khunsa Musykil dalam Islam).
2. Keputusan Fatwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia kali ke-25, bertarikh 13 Disember 1989(Bab yang sama seperti para 1 di atas).

Rujuk:
 Al Quran surah:
1. An-Nisaa ayat 119.
2. Al-Araf ayat 80-81.
3. Huud ayat 76-83.
4. An-Nuur ayat 31.
5. At-Tiin ayat 4.

Mandi mayat khunsa sila rujuk di halaman blog ini:
"Yang lebih utama memandi mayat orang Islam" bth.24 June,2010.


Rumusan: Nota penting untuk dikongsi bersama.

1.  Setiap cadangan pembedahan dan penukaran jantina 'Khunsa Ghair Musykil' mestilah mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Jabatan Agama Islam daerah masing-masing. Pembedahan dan penukaran jantina hendaklah dilakukan setelah khunsa tersebut mencapai umur akal balighnya, kerana supaya senang mengenal pastikan jantinanya, sama ada ia memiliki naluri sebagai seorang lelaki ataupun perempuan dan mesti pula mengetahui tentang ada ataupun tiada akibat kesan sampingan yang akan dihadapi selepas pembedahan atau penukaran jantina tersebut.  

2.   Ibu-bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam hal-hal mendidik anak-anak yang bertaraf  khunsa secara adil dan saksama serta memahami hukum syarak tentang perkara tersebut dan seharusnya memberanikan diri untuk mendapatkan sebarang kaunseling atau kidmat nasihat serta merujuk kepada jabatan-jabatan tertentu seperti pakar-pakar perubatan, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Agama Islam terutama sekali Mahkamah Syariah.

3.  Kerjasama daripada pihak berkuasa tertentu penting semasa khunsa tersebut dilahirkan seperti Hospital, Pejabat Pendaftaran Negara, dan Mahkamah Syariah. Peranan bagi menyediakan dokumen-dokumen khas untuk khunsa-khunsa yang baru dilahirkan seharusnya diujudkan dan dialu-alukan. Kidmat kauseling di adakan untuk mereka(khunsa) dan waris khunsa supaya kekeliruan tidak akan timbul kelak apabila khunsa tersebut telah mencapai umur akal baligh. Akhirnya bertujuan semata-mata buat mereka(khunsa) untuk terus hidup sebagai seorang insan yang normal tanpa menjejaskan hukum-hukum syarak.      



No comments: