Menurut huraian ulamak rahimallah, orang-orang Islam yang menziarahi perkuburan orang Islam mestilah berperaturan:
1. Mestilah bersih dari hadas dan sunat ia mengambil air sembahyang (berwuduk).
2. Semasa memasuki pada kawasan tanah perkuburan sunat ia memberi salam secara umum kepada penghuni-penghuni atau ahli-ahli kubur terlebih dahulu seperti di bawah ini:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ أهْلَ الدِّيَارِ مِنَ اْلمُؤْمِنِينَ وَاْلمُسْلِمِين
.َوَإِنَّا إِنْ شَاءَاللهُ بِكُمْ لَلاَ حِكُون
Yang bermaksud:
Salam sejahtera kepada kamu wahai ahli kubur ini dari kalangan kaum mukminin dan muslimin, dan bahawa kami juga Insha Allah akan menurut kamu apabila sampai gilirannya.
3. Apabila sampai ke kubur yang hendak di ziarahi tersebut, hendaklah ia berdiri rapat dengan kubur dengan menghadap kearah muka si mati sambil memberi salam secara khusus kepadanya.Contohnya jika si mati itu ibunya, lafad salamnya ialah: "Assalamualaikum wahai ibuku". Demikianlah seterunya dengan panggilan panggilan lain yang biasa disebut semasa hidupnya dahulu.
4. Selepas memberi salam, sunat pula membaca Quran dan menghadiahkan pahala kepada si mati.
5. Selepas membaca Quran, hendaklah menghadap kiblat dan berdoa untuk si mati semoga Allah Taala mengampuni dosanya dan melimpahkan rahmat kepadanya, kerana yang didahulukan dengan membaca Quran lebih diharap makbulnya.
Rujuk: Mastika Hadith Rasulullah s.a.w. Jilid 2 ms.427.
No comments:
Post a Comment