March 02, 2021

SIAPAKAH WANITA-WANITA YANG MEMANDIKAN MAYAT PUTRI NABI MUHAMMAD SAW?

 


Berpandukan kepada kitab "Fathul Bari" Jilid 12 ms 87 dan 88(Rumi), ada tiga nama perempuan lain yang ikut bersama Ummu Athiyyah dalam menghadiri jenazah putri Nabi saw itu ialah: 1) Asma' binti Umais, 2) Shafiyyah binti Abdul Muthallib 3) Laila binti Qanif, dan diriwayatkan oleh Ath-Thabrani bahawa Ummu Sulaim juga menghadhiri permandian tersebut.   


Rujuk: Pada Blog bth November 28, 2019





April 13, 2020


Malaysian Islamic Funeral Services of a Coronavirus (COVID-19) victim.

According to Malaysian Health Ministry's guideline, the bodies of Covid-19 can only be handled by those specially trained to handle who died from infectious diseases like Ebola virus.

Penang Mufti Datuk Seri Dr.Wan Salim Wan Mohd Noor said the Malaysian Islamic Development Department (JAKIM) has issued strict orders on how to prepare such bodies for burial.

1.   Using PPE (Personal Protective Equipment).
2.   Bodies not handed over to families but remain under custody of heath authority.
3.   Families not allow to touch them, bathe them, dress them (as per Islamic requirement).
4.   Only dry ritual purification(using dust or air) and no kain kapan(shroud).
5.   Instead plastic sheet and bodybag used.
6.   Prayer done by the health authority.
7.   Special coffin used and sealed.
8.   No funeral send-off by families.
9.   Only burial done by the health authority.
10. Complete with burial decontimination and sanitation

This hard time period can be very distress and is a lonely death.


Follow MCO (Malaysian Movement Control Order)
Stay at home
Be safe
We work for you
May Allah bless us all









January 06, 2020


TIGA WAKTU YANG DILARANG SOLAT JENAZAH DAN PERKEBUMIAN KECUALI KERANA DARURAT:

1.   Ketika terbit matahari hingga naik (termasuk Subuh).

2.   Ketika matahari tegak berdiri hingga condong (termasuk Zohor).

3.   Ketika matahari cenderung mendekati terbenam hingga tenggelam (termasuk Magrib).

Sanadnya sahih.

Rujuk:
Kitab "Persoalan Berkaitan Pengurusan Jenazah" Rujuk ms 113 (Rumi).
Mohammad Nashiruddin Al-Albani
Karya Asal: Ahkhamul-Janaa'iz Wa Bid'ihaa

Rujuk Kitab:
1.  Sabilulmuhtadin Bgh 2 ms 84 (Jawi)
2.  Baghiyatutollab Bhg 2 ms 29 (Jawi)


Persekitaran Perkebumian Di Waktu Malam

Hukumnya 'harus' dikebumikan pada malam hari, dan 'sunat' pada siang harinya.



December 14, 2019



PERSEDIAAN DI BILIK MANDI MAYAT






Persediaan bilik mandi mayat perlu diambil kira bagi melicinkan urusan pemandian mayat. Inilah panduan yang diguna pakai di Malaysia terutama di kampung atau di rumah rumah persendirian. Kegunaan palong mandi mayat yang diperbuat daripada 'Fiberglass' amat membantu pemandi pemandi mayat. Carta ini hanya contoh sahaja.



November 28, 2019

SIAPAKAH YANG MEMANDIKAN NABI MUHAMMAD SAW KETIKA BELIAU WAFAT?


Berpandukan kepada kitab "Sirah Nabawiah" daripada Ibnu Hisyam, rujuk Jilid 2 ms 723 (Rumi) ada 7 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Al-Abbas bin Abdul Muthalib
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Al-Fadhl bin Al-Abbas bin Abdul Muthalib
4.  Qutsam bin Al-Abbas
5.  Usamah bin Zaid bin Haritsah
6.  Syukran
7.  Aus bin Khauli




Berpandukan kepada kitab "Sabilulmuhtadin" daripada Sheikh Muhammad Arshad bin Abdullah Al-Banjari, rujuk Bhg.2 ms 69 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






Berpandukan kepada kitab "Baghiyatutollab" daripada Sheikh Daud bin Abdullah Al-Fatani, rujuk Bhg.2 ms 8 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






Berpandukan kepada kitab "Furu' Al-Masail" daripada Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani, rujuk Jilid 1 ms 158 (Jawi) ada 5 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib
5.  Syukran

  



Berpandukan kepada kitab "Mastika Hadis Rasulullah s.a.w." daripada Sheikh Abdullah bin Muhammad Basmeih Jilid 2 ms 331(Jawi) ia merujuk kapada kitab "Sabilulmuhtadin" Bhg 2 ms 69 (Jawi) ada 4 sahabat yang memandikan Rasulullah s.a.w.

1.  Fadhl bin Abbas
2.  Ali bin Abu Thalib
3.  Usamah bin Zaid
4.  Abbas bin Abdul Muthalib






November 21, 2019

The Islamic Funeral Prayer On Time


FAQ :          How to bring the funeral prayer on time?

Answer 1:   Make yourself available on a given funeral prayer time.

Answer 2:   The body wash(Ghasul) and the body shroud(Kafan) should be ready
                    at least within 1 to 2 hours before the prayer time. *

* As to bring the funeral prayer on time.


October 19, 2019


 KULIM SABTU 19 Oktober, 2019 (20 SAFAR 1441)



KURSUS PENGURUSAN JENAZAH
DI MASJID JAMEK SAIDINA  ALI K.R.W
BATALION KE-2 PGA KULIM PADA 19 OKTOBER, 2019.

KULIM Kursus tersebut dirasmikan oleh YB Tuan Imam/Pengerusi Masjid Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri pada Jam 8:30 pagi. Dalam majlis perasmian tersebut beliau berhasrat untuk melatih lebih ramai lagi Jurumandi Mayat untuk menampung Jurumandi-Jurumandi Mayat yang sedia ada oleh kerana bertambah ramainya jumlah penduduk-penduduk setempat ketika ini.

Kursus ini dianjurkan sepenuhnya oleh Pengerusi dan Jawatankuasa Masjid Jamek Saidina Ali K.R.W. Penceramah jemputan ialah Ustaz Salim Bin Ali dan dibantu oleh En.Zainol Rashid Bin Husain. Turut hadir seramai 35 peserta kursus yang menjayakan program ini.  Moga-moga kursus ini dapat melahirkan tenaga-tenaga baru sebagai Jurumandi Mayat yang berwibawa lagi amanah.


Tuan Imam Ustaz Hj.M Takiyudin Bin Sukeri
Para peserta kursus

Penceramah Ustaz Salim Bin Ali