Terdapat beberapa kelemahan dalam menguruskan jenazah, terutama dalam penetapan masa pada mandi dan sembahyang mayat yang kerapkali diambil ringan oleh waris si mati atau pihak yang menguruskan jenazah. Sebab-sebab lain adalah seperti berikut:
- Pengurusan jenazah yang kurang cekap di atas empat perkara, mandi, kafan, sembahyang dan mengkebumikan.
- Waris si mati kurang yakin pada "Pengurus Jenazah" yang sedia ada.
- Waris si mati tidak sepakat dengan "Pengurus Jenazah" semasa mesyuarat bagi menguruskan si mati.
- Waris si mati tidak sepakat sesama waris.
- Waris si mati membuat keputusan sendiri.
- Ada campur tangan pihak ketiga.
- Si mati atau mayat yang tertangguh di rumah sakit seperti sebab-sebab bedah siasat dan sebagainya.
- Menunggu si mati dibawa pulang daripada tempat yang jauh.
- Tiada mempunyai surat atau "Permit Menguburkan"(Am 138-Pin.1/78) daripada pihak yang berkuasa.