January 05, 2014

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN JENAZAH ISLAM - Kerjasama ATM dgn Pihak Tempatan

 

بسم الله الرحمن الرحيم


Pengurusan Jenazah ATM Dengan Penuh Istiadat
 
 
PENGENALAN
ATM - Angkatan Tentera Malaysia (Darat,Laut dan Udara).
PIHAK TEMPATAN - Waris si mati, orang kampong, Pengurusi dan AJK masjid atau surau, dan pegawai pentadbiran jenazah tempatan.

PIHAK ATM
Sebarang kematian yang berlaku dalam ATM terutama sekali pada anggota-anggota Islam semasa bertugas ataupun di luar tugas, maka terjadilah suatu badan 'Pengurusan Jenazah Islam ATM' secara penuh istiadat ATM. Lantikan dari pihak atasan ATM atau unit yang bertanggungjawab bagi mengurus dan mentadbir segala urusan jenazah tesebut di atas empat perkara:
  1. Mandi mayat,
  2. Kafan mayat (Termasuk keranda khas ATM),
  3. Solat jenazah, dan
  4. Perkebumian.
ATM dengan secepat mungkin melantik beberapa pegawai jenazah yang akan menghubungi pihak-waris, pengurusi atau AJK masjid bagi tujuan menguruskan si mati di tempat asal kampungnya. Kerjasama di antara ATM dengan Pihak Tempatan adalah amat penting sekali bagi menjalinkan perhubungan yang mesra bertujuan mengurusan dan mentadbir sesuatu jenazah dengan begitu baik sekali dan hakikat ini harus difahami oleh kedua-dua pihak.
 
PIHAK TEMPATAN
Waris si mati, balu atau anak tidak perlu bersusah payah kerana segala urusan pengurusan dan pentadbiran jenazah di kendalikan sepenuhnya oleh pihak ATM. Waris hanya perlu memaklumkan kepada pegawai ATM seperti berikut:
  1. Alamat dan telifon tempat si mati hendak dikebumikan.
  2. Tanah perkuburan telah disediakan atau pun tidak.
  3. Masjid yang terdekat sekali dengan alamat kampong si mati.
  4. Sembahyang kali ke dua di masjid perlu atau pun tidak.
Mudah-mudahan segala usaha dan rancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan semoga di berkati oleh Allah SWT.
 
WASSALAM